• Skip to primary navigation
  • Skip to content
  • Skip to primary sidebar

Kak Raja

  • Home
  • Saya? KakRaja?
  • INTEREST
    • Keluarga
    • Travel
    • Kesihatan
    • Makanan
    • Muzik
    • Friends
    • Kerjaya
    • Kewangan
  • KOLEKSI CELOTEH
  • SOCMED
    • FACEBOOK
    • INSTAGRAM
You are here: Home / Friends / 4 Perasaan Takut Tuan Rumah Terbuka

4 Perasaan Takut Tuan Rumah Terbuka

16 June 2019 by yusniza 1 Comment

Assalaamu ‘alaikum semua. Salam sejahtera.

Jadi, ceritanya,

Keraian bukanlah sesuatu yang baru dalam masyarakat kita. Malah semua bangsa dan agama ada bentuk keraian masing-masing. Mereka sebut party, kita sebut kenduri. Mereka sebut feast, kita sebut makan-makan.

Keraian yang dah jadi trend sekarang ni ialah Open House selepas Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha. Kalau zaman dulu, kita biasa alu-alukan saja kawan-kawan dan sedara-mara datang ke rumah bila-bila masa. Tapi zaman semua orang sibuk dengan jadual masing-masing ni, kita mula anjurkan Open House.

Bukanlah untuk menunjuk-nunjuk. Sebenarnya untuk mengalukan tetamu datang ke rumah di masa tuan rumah telah bersedia. Maklumlah, nanti tetamu datang, tuan rumah tak ada di rumah pulak. Atau tetamu datang, teh kopi gula di dapur baru saja habis. Atau tetamu datang, tuan rumah baru je lepas mengamuk marah anak. Kan dah tak selesa macam tu.

Dan pada KakRaja, menganjurkan Open House ni juga secara tak langsung menyediakan suasana untuk kawan-kawan dan sedara-mara untuk berjumpa reunion, dan mengeratkan silaturrahim.

Namun KakRaja ada juga kerisauan setiap kali menganjurkan Open House.

1. Takut Makanan Tak Cukup

Beberapa kali KakRaja review senarai jemputan. Nak buat anggaran makanan minuman dan persediaan lain. Tak tergamak KakRaja nak bayangkan kalau orang datang tiba-tiba makanan habis. Aduhhh apalah yang boleh dihidangkan kalau jadi macam tu. Biarlah makanan berlebihan sikit, jangan tak cukup.

2. Takut Makanan Tak Sedap

Ini KakRaja memang sangat-sangat pentingkan. Kalau makanan tak sedap tu, macam tak berapa nak ikhlas saja layaknya. Tetamu datang tu kan orang kata membawa rezeki. Dah orang datang bawa rezeki, biarlah kita pun ikhlas menjamu mereka sedap-sedap.

3. Takut Hujan

Walaupun keraian tu dibuat di dalam rumah, KakRaja selalu doa agar tak hujan. Apatah lagi kalau jamuan di luar rumah. Kesian semua pihak tak selesa nanti kalau basah kuyup. Petua orang tua-tua dulu kala, untuk elak hujan, campak pakaian atas bumbung rumah.

4. Takut Tetamu Rasa Terpinggir

Dalam kesibukan tuan rumah melayan tetamu yang ramai, risau pula ada tetamu yang terasa hati sebab tuan rumah tak duduk bersembang dengan dia.

Macam tu lah.

Artikel menarik untuk anda:

Rumah Terbuka Yang Sepi

Rumah Terbuka Yang Sepi

Assalaamu ‘alaikum semua. Salam sejahtera.Jadi, ceritanya,KakRaja memang otai bab pergi rumah terbuka ni. Makan…... Baca selanjutnya »

Takut Dengan Panggilan Bank

Takut Dengan Panggilan Bank

Assalaamu ‘alaikum semua. Salam sejahtera.Jadi, ceritanya,... Baca selanjutnya »

Bas Persiaran Depan Pintu Rumah

Bas Persiaran Depan Pintu Rumah

Assalaamu ‘alaikum semua. Salam sejahtera.Jadi, ceritanya,... Baca selanjutnya »

Apakah Nilai Airmata mu?

Apakah Nilai Airmata mu?

Assalaamu ‘alaikum semua. Salam sejahtera.Jadi, ceritanya,Orang selalu kaitkan perempuan dengan airmata. Kalau perempuan je…... Baca selanjutnya »

Filed Under: Friends, Keluarga, Makanan, Umum Tagged With: anak, anggaran, basah, bumbung, dapur, doa, hari raya, hati, ikhlas, kenduri, keraian, marah, perasaan, sibuk, silaturrahim, tetamu, trend, tuan rumah

Previous Post: « Apa Gunanya Ada Anak
Next Post: Kita Ni Buat Apa Pun Kena Tekun »

Reader Interactions

Trackbacks

  1. Jangan Sampai Jadi Lebai Malang | Kak Raja says:
    18 June 2019 at 8:31 pm

    […] biasa selepas Hari Raya, ialah ramai orang buat Open House. Jemput sahabat-handai dan saudara-mara. Biasanya orang buat open house ni masa hujung […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Primary Sidebar

Kaedah Berangka

  • Jangan Sampai Jadi Lebai Malang 18 June 2019
  • Kita Ni Buat Apa Pun Kena Tekun 17 June 2019
  • 4 Perasaan Takut Tuan Rumah Terbuka 16 June 2019
  • Apa Gunanya Ada Anak 9 June 2019
  • Kembang Tekak Bila Pengendali Makanan Kotor 24 May 2019

Archives

  • June 2019 (4)
  • May 2019 (15)
  • April 2019 (30)
  • March 2019 (26)

Copyright © 2021 Kak Raja on the Foodie Pro Theme