• Skip to primary navigation
  • Skip to content
  • Skip to primary sidebar

Kak Raja

  • Home
  • Saya? KakRaja?
  • INTEREST
    • Keluarga
    • Travel
    • Kesihatan
    • Makanan
    • Muzik
    • Friends
    • Kerjaya
    • Kewangan
  • KOLEKSI CELOTEH
  • SOCMED
    • FACEBOOK
    • INSTAGRAM
You are here: Home / Umum / Air Dicincang Takkan Putus

Air Dicincang Takkan Putus

4 March 2019 by yusniza 6 Comments

Assalaamu ‘alaikum semua. Salam sejahtera.

Jadi, ceritanya,

Masa KakRaja tinggal di Rawang 17 tahun dulu ada lah kenal dengan Kak Asmah, jiran selang beberapa rumah dengan KakRaja. Kak Asmah ni 3 tahun je lebih tua dari KakRaja, menjalankan perniagaan dari rumah. Maju nampaknya perniagaan Kak Asmah. KakRaja tengok Kak Asmah hepi je boleh uruskan masa sendiri di samping mendapat pendapatan yang lumayan.

Suatu petang entah apa mood Kak Asmah tiba-tiba bukak cerita dengan KakRaja perihal adik-beradiknya. Kak Asmah kata adik-beradiknya ni sangat susah nak capai kata sepakat walaupun mereka berempat beradik semua duduk dalam Lembah Kelang jugak. Sebagai anak sulung Kak Asmah selalu pening dengan pe-el 3 orang adik-adiknya.

Nak berbincang susah. Nak capai persetujuan susah. Semua ada idea sendiri. Pengaruh luaran dan persekitaran yang berbeza-beza pun buatkan mereka semakin kreatif dengan ulasan masing-masing. Kak Asmah mengimbas, nak buat keputusan nak bawak mak ayah duduk rumah siapa pun ambil masa sampai 2 bulan.

KakRaja tak berani nak komen apa-apa. Sekadar mendengar saja. Keluarga sendiri pun bukanlah perfect pun. Namun KakRaja faham jugalah dilema Kak Asmah, sebab KakRaja pun anak sulung.

Tak lama lepas tu, dalam 5 bulan selepas Kak Asmah kongsi keluhannya, KakRaja nampak rumah Kak Asmah meriah, ramai tetamu keluar masuk. Dan bermula dari hari tu memang semakin meriah rumah Kak Asmah. Rupa-rupanya adik-adik Kak Asmah dok datang berkunjung.

Lepas sorang, sorang, datang setiap 2 atau 3 hari. Kadang-kadang nampak mereka semua berkumpul sekali. Seronok pulak KakRaja tengok intimnya keluarga Kak Asmah. Suatu hari KakRaja tak tahan perasaan, ringankan mulut bertanya, macam mana Kak Asmah berjaya mengubah hubungan mereka jadi lebih mesra?

Dengan gembiranya Kak Asmah bercerita panjang lebar. Dia ajak adik-adiknya turut sama-sama menjalankan perniagaan. Alhamdulillah katanya, dengan dorongan mak dan ayah mereka, adik-adik Kak Asmah pada mulanya malu-malu alah juga. Masuk bulan kedua dan seterusnya mereka mula nampak perubahan yang positif.

Akhirnya sekarang 2 orang adik Kak Asmah sudah pun berhenti kerja bergaji bulanan, dan fokus pada perniagaan dari rumah ni sepenuh masa.

Kata Kak Asmah lagi adik-adiknya sekarang lebih bersifat terbuka untuk mendengar pendapat yang lain. Cara nak memberi pandangan pun lebih berhemah. Idea-idea pun lebih bernas. Senang betul nak capai kata sepakat sekarang.

Nak ajak berkumpul pun lebih mudah dan cepat sebab masing-masing pun urus masa kerja sendiri sekarang. Setiap kali berkumpul akan penuh dengan hilai tawa mereka.

Seronok KakRaja tengok keluarga Kak Asmah. Lepas Kak Asmah balik, KakRaja pun dengan semangatnya menghantar mesej pada adik-adik KakRaja.

Macam tu lah.

Artikel menarik untuk anda:

Tiada artikel berkaitan.

Filed Under: Umum Tagged With: adikberadik, anaksulung, keluarga, perniagaan

Previous Post: « Rumah Terbuka Yang Sepi
Next Post: Merpati Dua Sejoli »

Reader Interactions

Comments

  1. Hafidz Zed

    5 March 2019 at 10:49 am

    wah bestnya Kak Raja dapat jiran begitu..

    Reply
    • yusniza

      6 March 2019 at 10:38 pm

      best kan? alhamdulillah

      Reply
  2. Dayang

    5 March 2019 at 9:39 pm

    Alhamdulillah best nya dapat jiran jiran macamtu apa rahsianya ye, bisnes apa tu?

    Reply
  3. Sarena

    6 March 2019 at 12:56 pm

    Bestnyaaa
    Terus rasa nak berkumpul adik bradik

    Reply
    • yusniza

      6 March 2019 at 10:38 pm

      seronok kan. gurau-gurau. usik-usik.

      Reply
      • Sabrijati

        6 March 2019 at 11:09 pm

        Terus teringat adik beradik saya yang lain. Tengah buat apa la dorang waktu ni.

        Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Primary Sidebar

Kaedah Berangka

  • Jangan Sampai Jadi Lebai Malang 18 June 2019
  • Kita Ni Buat Apa Pun Kena Tekun 17 June 2019
  • 4 Perasaan Takut Tuan Rumah Terbuka 16 June 2019
  • Apa Gunanya Ada Anak 9 June 2019
  • Kembang Tekak Bila Pengendali Makanan Kotor 24 May 2019

Archives

  • June 2019 (4)
  • May 2019 (15)
  • April 2019 (30)
  • March 2019 (26)

Copyright © 2021 Kak Raja on the Foodie Pro Theme