Assalaamu ‘alaikum semua. Salam sejahtera.
Jadi, ceritanya,
Orang selalu kaitkan perempuan dengan airmata. Kalau perempuan je menangis. Kalau menangis je perempuan. Kononnya perempuan itu lemah. Jadi kalau menangis tu juga sering dikaitkan dengan kelemahan.
Kerana KakRaja benci dengan perkataan lemah tu, KakRaja memang jarang menangis, apatah lagi in public. Kalau nak menangis pun, bila duduk sorang-sorang baru menangis.
Ramai orang gunakan airmata sebagai senjata. KakRaja? KakRaja gunakan anger and silence sebagai defence mechanism.
Namun KakRaja juga manusia, punya hati dan perasaan yang boleh rasa gembira, terharu, boleh terguris, kecewa, sedih dan 1001 macam perasaan lagi. Memang takkan boleh elak bilamana kalau airmata tu nak keluar.
Airmata Geli
1. Ular Air
Bulan Mac-April ni banyak pulak KakRaja menangis. Kami sepasukan pergi ke Kalumpang Resort untuk bootcamp di hujung bulan Mac. Sebelah petangnya KakRaja dan beberapa kawan pergi melepak di sungai. KakRaja tak mandi. Duduk saja atas batu sambil rendam kaki dalam air sungai yang sejuk segar tu.
Tiba-tiba KakRaja rasa sesuatu sentuh kaki KakRaja. Ingatkan daun kering. Bila KakRaja tengok, rupanya seekor ular air warna coklat lalu di celah-celah kaki KakRaja.
KakRaja seorang yang sangat geli kepada ular, pacat, lintah, cacing, dan binatang menjalar seumpamanya. Geli tau, bukan takut. Gelinya sampai meremang bulu roma satu badan. Tak perlu tengok, bersembang pasal binatang-binatang ni saja boleh buat KakRaja hysterical kegelian.
Jadi bila KakRaja nampak ular tu, KakRaja punya menjerit sekuat hati, sampai kawan-kawan yang sedang mandi-manda semua bertempiaran lari ke tebing. Ingatkan apa lah yang berlaku.
KakRaja dah naikkan kaki atas batu, tapi KakRaja stuck di situ. Sebab batu tu betul-betul tengah-tengah sungai. Kalau KakRaja nak berjalan ke tebing kena masuk dalam air. Jadi KakRaja tak boleh buat apa-apa. Menangis di atas batu tu, tak nak bergerak.
Setelah beberapa lama dan dah tak nampak ular air tu, suami datang bawak KakRaja turun dari batu tu pergi ke tebing.
2. Sekampung Pacat
Kami pergi pula ke Royal Belum dan tinggal atas houseboat. Malam pertama tu hujan sangat lebat. Esoknya kami perlu trekking. Bayangkan sajalah apa yang menanti kami.
Pacat yang sangat banyak. Menggeletis menanti mangsa. Sekali lagi KakRaja menempuh trauma yang memang tak boleh nak digambarkan dengan perkataan. Ada beberapa tempat yang pacatnya sangat banyak, KakRaja hanya mampu berdiri tegak, kejung satu badan tak boleh bergerak. Hanya mampu menangis.
Eww. Gelinya tengok pacat-pacat tu menggeletis. Ada lebih kurang 3 atau 4 ekor yang berjaya melekat di kaki KakRaja. Rasanya KakRaja meraung tu boleh didengari seluruh tasik tu. Mujurlah ada kawan-kawan yang sangat membantu. Bantu buangkan pacat dan bantu beri semangat pada KakRaja untuk teruskan sampai ke air terjun yang sangat cantik tu.
Ada juga kawan yang ambil peluang merakam saat-saat luar biasa melihat KakRaja menangis. ‘Buat bahan di kemudian hari’, katanya. Bertuah punya kawan.
Airmata Bangga
Baru-baru ni kami organise sebuah majlis pengiktirafan untuk JuruJual-JuruJual hebat pasukan kami. Ada beberapa orang penerima anugerah dari pasukan KakRaja, termasuklah adik bongsu KakRaja.
KakRaja sebagai committee majlis memang dah tahu nama-nama pemenang. Namun bila saat nama adik dan seterusnya ahli pasukan KakRaja yang lain diumumkan, KakRaja tak dapat menahan airmata bangga dan gembira, bila melihat mereka berjalan atas red carpet naik ke pentas menerima anugerah.
Masa zaman KakRaja turun naik pentas di malam anugerah dulu, tak ada la pulak KakRaja nak menitiskan airmata. Tapi bila melihat kejayaan diorang ni KakRaja memang tak dapat menahan perasaan terharu dengan pencapaian diorang.
KakRaja bangga tengok diorang meraih hasil jerih payah diorang selama ni. Sebab bila kita bekerja rapat dengan each other, KakRaja tahu segala keluh kesah, jatuh bangun, kesusahan diorang.
Walaupun KakRaja memang jarang sekali tunjukkan simpati pada diorang, tapi KakRaja ambil tahu semuanya. Kadang-kadang KakRaja sendiri sampai tak tidur malam memikirkannya.
Stail KakRaja memang tak tunjuk dengan linangan air mata. Tak tunjuk dengan kata-kata pujukan bermotivasi yang lemah lembut. KakRaja lebih tunjukkan dengan ketegasan. Selalunya orang lebih cepat bangkit dan fight dengan ketegasan. Tapi itu KakRaja.
Macam tu lah.
[…] mungkin kerana pengalaman sebelum ni, KakRaja memilih untuk bersama dengan mereka. Memang KakRaja merasai kepuasannya, tapi KakRaja perlu beringat juga supaya ‘pisang tak berbuah dua […]