• Skip to primary navigation
  • Skip to content
  • Skip to primary sidebar

Kak Raja

  • Home
  • Saya? KakRaja?
  • INTEREST
    • Keluarga
    • Travel
    • Kesihatan
    • Makanan
    • Muzik
    • Friends
    • Kerjaya
    • Kewangan
  • KOLEKSI CELOTEH
  • SOCMED
    • FACEBOOK
    • INSTAGRAM
You are here: Home / Sales / Awak Kenal Burung Awak?

Awak Kenal Burung Awak?

15 March 2019 by yusniza 11 Comments

Assalaamu ‘alaikum semua. Salam sejahtera.

Jadi, ceritanya,

Sepanjang hampir 22 tahun karier KakRaja sebagai JuruJual ni macam-macam karakter manusia KakRaja dah jumpa. Memang itulah kehidupan JuruJual. Kalo tak jumpa manusia, takkan nak jual pada pokok pulak kan?

Tambahan pulak bila kita bekerja dalam satu team, bertambah lah karakter dan perangai yang kita nak hadap setiap hari. Jadi kita perlu pandai sesuaikan diri untuk bekerja dengan “team, barulah kita boleh pergi jauh”, bak kata bos KakRaja.

Namun pengalaman hidup dan bekerja mengajar KakRaja bahawa untuk kita cepat sesuaikan diri dalam team, kita perlu kenali diri sendiri dulu.

Know Yourself,

to know Others.

Conor McGregor

Dalam perjalanan KakRaja nak mengenali diri sendiri, KakRaja ada belajar tentang karakter manusia.
Secara amnya dalam diri kita semua ni ada 4 jenis pembawaan. Dan selalunya setiap orang akan ada 1 atau 2 pembawaan yang sangat dominant yang membentuk peribadi kita. 

Jadi yang mana satukah kita?

1. SANGUINE
Burung Merak

Visual Clues

Orang Sanguine selalunya Popular. Mereka adalah Star yang selalu mendapat perhatian dan sukakan perhatian. Mereka sukakan suasana yang riang dan gembira. Suara mereka selalunya lantang dan kuat yang senang didengari dari jauh.

Namun kadang-kadang mereka tak perasan suara mereka yang kuat tu membuat orang sekeliling rasa tak senang dan terganggu. Dan cerita-cerita mereka juga sering ditokok-tambah.

Pakaian dan penampilan diri Sanguine selalunya meriah. Maksudnya mereka suka pakaian yang berwarna terang seperti oren, merah, kuning. Barang perhiasan tubuh seperti brooch, rantai tangan atau cincin juga jenis yang besar dan berkilauan.

Emosi

Dari segi emosi orang Sanguine suka bercakap. Mereka juga tak kisah untuk menunjukkan emosi mereka samada sedang gembira atau sedih atau marah dan sebagainya. Mereka senang jadi bersemangat dan suka menaikkan semangat orang.

Sebaliknya pula emosi Sanguine yang senang berubah-ubah juga akan buat orang lain tak selesa. Tambah pula mereka selalu membesarkan perkara yang kecil. Mungkin juga akan ada orang yang anggap mereka ni ‘palsu’.

Kerja

Bila nak melaksanakan sesuatu projek atau tugasan, orang Sanguine lah yang akan angkat tangan sukarela dulu. Dan mereka juga orang yang kreatif, jadi mempunyai banyak idea yang menarik. Ramai orang lain akan tertarik untuk turut serta dalam tugasan kerana adanya Sanguine ini.

Walaubagaimanapun tugasan Sanguine jarang yang disiapkan sepenuhnya, akibat dari asyik bercakap dan senang beralih perhatian. Mereka juga senang lupa orangnya.

Kawan

Orang suka nak berkawan dengan Sanguine kerana mereka tak simpan dendam. Kalo mereka buat salah pun mereka akan terus minta maaf dan lupakan. Ringkasnya tak boring lah kalo berkawan dengan Sanguine ni.

Tapi Sanguine ni sebab suka sangat bercakap, sampai selalu bercakap tak kena pada tempat dan waktunya, atau selalu memotong orang lain tengah bercakap. Cakap mereka pula selalu berubah-ubah dan mereka akan lupa apa yang mereka dah cakap.

2. CHOLERIC
Burung Helang

Visual Clues

Golongan Choleric selalunya Powerful kerana mereka suka mengawal semua perkara dan sering menjadi ketua dalam segala hal. Suara mereka kuat dan lantang. Juga gaya mereka berjalan sentiasa macam ada perkara urgent nak diselesaikan.

Mereka ni orang yang sangat terbuka dari segi percakapan dan perasaan. Dan gemar memakai warna-warna terang.

Emosi

Orang Choleric dilahirkan mempunyai ciri seorang Leader. Keyakinan diri mereka sangat tinggi dan sangat berdikari. Mereka selalu membuat keputusan yang tegas dan pandai mengenepikan perasaan. 

Orang selalu menganggap Choleric ni hati keras yang tiada perasaan, kerana mereka tak layan tangisan drama air mata. Tambahan pula mereka ini cepat hilang sabar, senang marah dan suka berdebat sampai mereka menang. Bossy pun ye jugak. Mereka juga paling susah nak berikan pujian kepada orang lain.

Kerja

Sebagai ketua, Choleric sentiasa fokus kepada goal yang dah ditetapkan. Mereka juga cepat bertindak dan pandai membahagikan tugas kepada ahli-ahli lain.

Mereka tak bole terima kesilapan dalam tugasan, dan cepat bosan dengan hal remeh-temeh. Rata-rata Choleric selalunya adalah workaholic dan menuntut orang lain pun workaholic sama macam mereka. Dan komen-komen Choleric ni kadang-kadang agak kasar tak endah perasaan orang.

Kawan

Orang Choleric tidak memerlukan kawan yang ramai. Malah dalam kerja kumpulan mereka yang akan mengetuai perbincangan atau tindakan. Disebabkan Choleric ni selalunya betul, orang akan bergantung pada mereka pada saat-saat kritikal.

Walaubagaimanapun Choleric selalu akan terlebih-lebih mengarah orang lain, dan mereka saja yang betul, membuatkan kawan-kawan menjauhkan diri. Malah perkataan minta maaf pun susah nak keluar dari mulut.

3. MELANCHOLY
Burung Hantu

Visual Clues

Orang Melancholy adalah golongan Perfectionist. Semua perkara perlu diteliti betul-betul. Mereka gemarkan warna-warna tenang seperti kelabu, hijau, biru, beige. Barang perhiasan tubuh yang kecil dan jenis yang tak menarik perhatian. Gaya percakapan mereka pun kurang kuat.

Emosi

Melancholy ni orang yang serius, ahli fikir dan sukakan kekemasan. Mereka sensitif kepada persekitaran, suka menganalisa dan berfalsafah. Selalunya mereka ni berbakat seni.

Mereka jarang menunjukkan emosi sebenar mereka, dan senang mendapat kemurungan. Juga orang Melancholy selalu hanya memilih untuk ingat perkara yang negatif saja tentang diri mereka.

Kerja

Oleh kerana mereka orang yang teliti, taraf kerja mereka tinggi, sentiasa kemas dan berjadual. Mereka akan bersungguh-sungguh berfikir untuk menyelesaikan sesuatu masalah.

Sehinggakan mereka ambil masa yang sangat lama untuk berfikir dan merancang. Perkara yang kecil pun Melancholy ni akan jadi tertekan kalau tak dapat diselesaikan. Mereka selalu tetapkan target yang terlebih tinggi dan amat susah nak berpuas hati dengan pencapaian sendiri atau orang lain.

Kawan

Orang Melancholy sangat memilih kawan dan akan setia pada kawannya. Mereka tak suka perhatian yang terlebih, tapi akan beri perhatian penuh pada masalah orang lain.

Mereka selalu bersyak dengan kawan menyebabkan sukar untuk Melancholy menunjukkan kasih sayang. Apabila mendapat pujian mereka akan ragu-ragu akan keikhlasannya. Juga sering mengkritik orang lain dalam diam. Tak kena gaya mereka ni boleh menyimpan dendam.

4. PHLEGMATIC
Burung Merpati

Visual Clues

Phlegmatic orang yang Peaceful dan suka perkara yang mudah, tak rumit. Pergerakan badan pun relaks saja. Mereka gemar warna-warna lembut yang tak menarik perhatian. Mereka jarang bercakap, dan bila bercakap lembut dan tak lantang.

Emosi

Orang Phlegmatic ni selalu tenang dan penyabar. Personaliti mereka tidak menonjol dan kurang bercakap. Namun bila sesekali bercakap, lucu juga.

Namun begitu mereka ni senang risau dan terlampau pemalu. Juga sering nampak macam tak bersemangat.

Kerja

Golongan ni boleh diharap untuk melakukan kerja yang tak melibatkan konflik dan perbahasan. Phlegmatic lebih suka diam dan ambil sikap mendengar dan memerhati saja.

Selalunya agak susah untuk dapat kan keputusan dari Phlegmatic dan mereka juga lambat untuk ambil tindakan. Orang anggap mereka hidup tanpa matlamat yang jelas dan kadang-kadang nampak macam malas pun ada kerana mereka tak suka dipaksa.

Kawan

Orang suka berkawan dengan Phlegmatic kerana sikap mereka yang suka mendengar masalah dan sering beri perhatian. Tambahan pula mereka menjaga perasaan orang lain, buat orang selesa.

Oleh kerana Phlegmatic selalu hanya mendengar dan tak ambil bahagian dalam perbualan, orang nampak mereka seperti tidak berminat dan memboringkan. Ini boleh buat orang lain pun sama jadi down.

Tips Untuk JuruJual

a) Fikirkan karakter kita masa zaman sekolah menengah dahulu, semasa kita berumur dalam 15-18 tahun. Bagaimanakah kita pada waktu tu?
Itulah sebenarnya peribadi kita yang asal.

b) Dan bandingkan pula peribadi tersebut, dengan peribadi kita sekarang.
Ada beza tak?

Peribadi kita sekarang adalah yang Cultured. Yang telah berubah disebabkan pengaruh persekitaran, alam dan orang sekeliling, serta pengalaman hidup. Ini tak salah. Ini bermaksud kita sebenarnya memang berupaya untuk merubah karakter kita dan menyesuaikan diri dengan keadaan.

c) Sekarang, cuba ambil masa sedikit untuk fikirkan tentang orang-orang sekeliling, yang kita selalu berurusan setiap hari. Contohnya pasangan kita, anak kita, adik-beradik kita, ibu bapa kita, rakan-rakan sekerja dan satu team, bos kita.

Yang mana satukah (atau dua) mereka di antara 4 karakter di atas?
Fikirkan bagaimana, dan karakter kita yang mana yang sesuai untuk kita keluarkan untuk padankan dengan karakter mereka? Supaya interaksi harian itu lebih positif dan produktif.

Apabila kita faham dan dapat memahirkan diri tentang 4 karakter ni, dan sudah boleh mendalami karakter sendiri dan orang lain, kita akan dapati kita akan mula mengeluarkan karakter mana yang sesuai, secara natural dan otomatik, apabila kita berhadapan dengan situasi atau orang yang berbeza-beza.

Mana-mana peribadi atau pembawaan pun yang kita aplikasikan, ianya adalah sangat berguna bila kita mendalami dan boleh menggunakannya sesuai dengan keadaan semasa.

Untuk kenalan-kenalan KakRaja yang bergelar JuruJual, semoga kita lebih konfiden dan mudah mesra untuk menambat hati prospek lepas ni.

Gaya speaker terlampau, mengalahkan pemimpin orkestra

I’m not a Professional Trainer. 
I’m just professionally trained. 
~ KakRaja

Tips Untuk JuruJual :
Perkongsian 1 : Awak Kenal Burung Awak? – Mengenali karakter prospek.
Perkongsian 2 : Goyang, Sebut Betul-Betul – Gunakan perkataan yang tepat.
Perkongsian 3 : Selesaikan 257 Perkara OCD Pada Satu Masa – Buat senarai tugasan harian.
Perkongsian 4 : Kembali Ke Dunia Fantasi – Fokus kepada nilai dan manfaat kepada pengguna, serta keunikan produk tersebut.

Macam tu lah.

Artikel menarik untuk anda:

Goyang, Sebut Betul-Betul

Goyang, Sebut Betul-Betul

Assalaamu ‘alaikum semua. Salam sejahtera.Jadi, ceritanya,... Baca selanjutnya »

Kembali Ke Dunia Fantasi

Kembali Ke Dunia Fantasi

Assalaamu ‘alaikum semua. Salam sejahtera.Jadi, ceritanya,... Baca selanjutnya »

Selesaikan 257 Perkara OCD Pada Satu Masa

Selesaikan 257 Perkara OCD Pada Satu Masa

Assalaamu ‘alaikum semua. Salam sejahtera.Jadi, ceritanya,... Baca selanjutnya »

Filed Under: Sales, Umum Tagged With: bos, burung, jurujual, karakter, peribadi, positif, sales, team, tips

Previous Post: « Income Tax Oh Income Tax
Next Post: Berjalan Tak Jejak Tanah »

Reader Interactions

Comments

  1. Sabrijati

    15 March 2019 at 12:36 pm

    Terbaik lah sis. Sekarang saya tau personaliti diri saya yang sebenar. Dan bagaimana untuk improve diri supaya menjadi a better person. Terima kasih sangat-sangat atas perkongsian.

    Reply
    • yusniza

      17 March 2019 at 9:00 am

      semoga bermanfaat

      Reply
  2. Ilmam

    20 March 2019 at 10:05 am

    Input yang sangat bermanfaat kak. Terbaik.

    Reply
    • yusniza

      20 March 2019 at 4:28 pm

      Alhamdulillah. kena praktikkan tau

      Reply
  3. Farhana Fatta

    20 March 2019 at 10:05 am

    Pleghmatic le kita😅

    Reply
    • yusniza

      20 March 2019 at 4:29 pm

      Ha bagus tu. Gunakan pada situasi yang tepat, sangat power tu

      Reply
  4. Kamil

    20 March 2019 at 10:06 am

    Thank you

    Reply
    • yusniza

      20 March 2019 at 4:29 pm

      You’re welcome kamil

      Reply
  5. Sarena

    20 March 2019 at 10:14 am

    Terbaekk sharing Kak Raja.
    Terima kasih
    Sarena recently posted…Kasih Sayang Seorang Ibu Tiada Tolak BandingannyaMy Profile

    Reply

Trackbacks

  1. Goyang, Sebut Betul-Betul | Kak Raja says:
    21 March 2019 at 6:05 pm

    […] Tips Untuk JuruJual :Perkongsian 1. Awak Kenal Burung Awak? […]

    Reply
  2. Selesaikan 257 Perkara OCD Pada Satu Masa | Kak Raja says:
    22 March 2019 at 9:04 am

    […] Untuk JuruJual :Perkongsian 1 : Awak Kenal Burung Awak? – Mengenali karakter prospek. Perkongsian 2 : Goyang, Sebut Betul-Betul – Gunakan […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Primary Sidebar

Kaedah Berangka

  • Jangan Sampai Jadi Lebai Malang 18 June 2019
  • Kita Ni Buat Apa Pun Kena Tekun 17 June 2019
  • 4 Perasaan Takut Tuan Rumah Terbuka 16 June 2019
  • Apa Gunanya Ada Anak 9 June 2019
  • Kembang Tekak Bila Pengendali Makanan Kotor 24 May 2019

Archives

  • June 2019 (4)
  • May 2019 (15)
  • April 2019 (30)
  • March 2019 (26)

Copyright © 2021 Kak Raja on the Foodie Pro Theme