• Skip to primary navigation
  • Skip to content
  • Skip to primary sidebar

Kak Raja

  • Home
  • Saya? KakRaja?
  • INTEREST
    • Keluarga
    • Travel
    • Kesihatan
    • Makanan
    • Muzik
    • Friends
    • Kerjaya
    • Kewangan
  • KOLEKSI CELOTEH
  • SOCMED
    • FACEBOOK
    • INSTAGRAM
You are here: Home / Sales / Ayat Magik Untuk JuruJual

Ayat Magik Untuk JuruJual

6 May 2019 by yusniza Leave a Comment

Assalaamu ‘alaikum semua. Salam sejahtera.

Jadi, ceritanya,

Konon-kononnya KakRaja pengalaman dalam bidang Sales dah lama. Ramai JuruJual yang tanya KakRaja, “ada tak skrip power untuk Close Sale?”.

Jawapan KakRaja,
Darling, kalau lah ada skrip seumpama itu, tak perlu lah lagi kita semua bersusah-payah pergi kelas belajar macam-macam, untuk mengasah skill kita ni.

Never Stop Learning

3 Cara Mudah

Namun KakRaja kongsikan 3 Cara Mudah untuk Close Sale yang KakRaja selalu guna.

1. Option Closing

Berikan Option / Pilihan kepada prospek. Namun trick nya di sini ialah, bila kita ada banyak pilihan produk, hadkan Option/Pilihan tu kepada Dua sahaja.

“Baik Encik. Setelah Encik tengok tadi, yang mana satu Encik suka nak letak di rumah, A ke B?”

“Bagus pilihan Encik tu. Sesuai sangat dengan Encik dan keluarga. Jadi Encik perlukan 2 unit atau nak ambil 4 unit terus?”

Jangan biarkan prospek pening untuk memilih yang mana satu dari lambakan produk yang kita ada tu. Kita tolong pilihkan dua saja yang paling sesuai yang menepati citarasa dan keperluan prospek, dan fokuskan tumpuan dia kepada dua item ini saja.

2. Urgency Closing

Nyatakan kepada prospek bahawa tawaran ini sangat terhad, dan perlukan keputusannya dengan cepat (Urgent).

“Tawaran ni sangat istimewa Puan. Hari ni hari yang terakhir untuk tawaran hebat macam ni.”

“Puan sangat beruntung kerana ini unit kami yang terakhir sekali untuk tawaran hebat ni.”

Jangan berikan peluang kepada prospek untuk ambil masa yang lama untuk berfikir. Kita perlu mendorong prospek untuk buat keputusan untuk membeli pada masa itu juga, sementara kita berada di depan muka dia.

3. Bundle Closing

Tawarkan beberapa produk yang dipekejkan bersama (Bundle) agar prospek mendapat penjimatan yang lebih.

“Jadi Cik berminat untuk 2 produk ni dan dapat jimat RM25, atau Cik nak lebih penjimatan RM94 untuk 3 produk?”

Alang-alang kita dah berada di depan prospek, cuba untuk jual lebih dari satu produk saja. Kerana kita tak tahu bila lagi kita akan dapat peluang untuk bersemuka dan beri penerangan dengannya.

Nah. Itu saja yang KakRaja buat di setiap penghujung penerangan kepada prospek. Jadikan ia amalan. Lama-lama skill ni akan sebati dengan lenggok perbualan kita dengan prospek.

There is no elevator to success,

You have to take the stairs.

Zig Ziglar

Macam tu lah.

Artikel menarik untuk anda:

Makan Ginseng Untuk Kuat

Makan Ginseng Untuk Kuat

Assalaamu ‘alaikum semua. Salam sejahtera.Jadi, ceritanya,... Baca selanjutnya »

Filed Under: Sales Tagged With: ayat, berfikir, bundle, bundleclosing, closesale, fokus, hebat, jimat, kelas, keluarga, keputusan, mudah, optionclosing, peluang, penerangan, pilihan, prospek, sales, success, tawaran, terakhir, terhad, untung, urgencyclosing

Previous Post: « Mendaki Great Wall of China
Next Post: Kenapa Orang Benci Pergi Training? »

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Primary Sidebar

Kaedah Berangka

  • Jangan Sampai Jadi Lebai Malang 18 June 2019
  • Kita Ni Buat Apa Pun Kena Tekun 17 June 2019
  • 4 Perasaan Takut Tuan Rumah Terbuka 16 June 2019
  • Apa Gunanya Ada Anak 9 June 2019
  • Kembang Tekak Bila Pengendali Makanan Kotor 24 May 2019

Archives

  • June 2019 (4)
  • May 2019 (15)
  • April 2019 (30)
  • March 2019 (26)

Copyright © 2021 Kak Raja on the Foodie Pro Theme