• Skip to primary navigation
  • Skip to content
  • Skip to primary sidebar

Kak Raja

  • Home
  • Saya? KakRaja?
  • INTEREST
    • Keluarga
    • Travel
    • Kesihatan
    • Makanan
    • Muzik
    • Friends
    • Kerjaya
    • Kewangan
  • KOLEKSI CELOTEH
  • SOCMED
    • FACEBOOK
    • INSTAGRAM
You are here: Home / Friends / Belum Hari Pertama Dah Bising

Belum Hari Pertama Dah Bising

22 April 2019 by yusniza Leave a Comment

Assalaamu ‘alaikum semua. Salam sejahtera.

Jadi, ceritanya,

Hari pertama KakRaja di Royal Belum, Pak Khalid bagi kami aktiviti yang santai saja. Perjalanan kami bertolak dari jeti ke tempat houseboat berlabuh selama 3 jam. Sepanjang perjalanan tu masing-masing sibuk ke hulu ke hilir atas houseboat, nak membiasakan diri dengan suasana houseboat.

Yang bergambar setiap inci sudut houseboat apatah lagi. Ditambah pulak dengan pemandangan tasik Royal Belum yang sangat cantik ni. Tenang saja. Ada juga yang tak berhenti-henti makan sajian sarapan yang disediakan, nasi lemak 2 jenis, kuih-muih kampung dan teh O ais. Fuh sangat membuka selera. Tak lama lepas tu dah masa untuk makan tengahari, makan lagi.

Beberapa kawan dah mula menggodek-godek tv dan alat karaoke. Nak mula rehearsal untuk sesi karaoke malam nanti katanya. KakRaja pula lepas makan, ambil gambar sekeping dua, terus cuba untuk ganti tidur, tapi ternyata gagal. Dari pukul 2.30am malam tadi dah tak boleh tidur. Terlebih excited gamaknya.

Selepas houseboat berlabuh, kami bersiap-sedia untuk ke aktiviti yang pertama iaitu melawat perkampungan orang Asal, puak Jahai. Dari houseboat nak ke sana, kami perlu naik speedboat pulak lagi selama beberapa minit. Semua orang kena pakai life jacket, syarat ketat pihak keselamatan Royal Belum yang perlu dipatuhi.

Kami disambut oleh tuk ketua kampung puak Jahai, Pak Long namanya, dengan beberapa lagi orang kampung Asal ni. Puak Jahai ni tak beragama Islam. Tapi Pak Long antara beberapa orang dalam kampung ni yang beragama Islam. Malah isteri beliau pun bukan Islam.

Kami ramai-ramai lepak di bawah bangsal besar yang dibuat dari buluh dan beratap nipah. Sambil bersembang, sambil ditiup angin sepoi-sepoi dari tasik.

Puak Jahai ni mungkin dah selalu menerima kunjungan tetamu macam kami, jadi mereka sangat ramah dan seronok berkongsi tentang kehidupan harian mereka.

Mungkin salah satu topik wajib yang mereka kongsikan ialah menunjuk cara menggunakan sumpit, senjata mereka ketika berburu. Peluru sumpit tu yang runcing dibuat dari buluh bertam dan akar helang. Beberapa kawan ada juga mencuba menyumpit ni. KakRaja tengok je. Lebih berminat mendengar cerita diorang.

“Nama aku Daun”, katanya

Kata Encik Daun, bila mereka berburu, mereka akan guna getah ipoh yang disapukan pada mata peluru sumpit tu. Getah ipoh ni berwarna hitam dan sangat beracun. Segala binatang, harimau, kijang, rusa, lotong, burung, tupai, malah manusia sekali pun akan mati bila terkena getah ipoh ni.

Bila menyumpit, hujung peluru sumpit yang beracun tu akan masuk ke dalam badan binatang. Peluru sumpit yang panjang akan patah dan bahagian yang beracun tu akan tertinggal dalam badan dan akan membunuh.

Lepas kami hulurkan derma sedikit kepada tabung kampung mereka dan ambil gambar kenangan, kami pun naik speedboat kembali semula ke houseboat. Petang tu kami isikan dengan acara bebas, termasuk acara feveret berakit-rakit dahulu, terjun tiruk kemudian.

Macam tu lah.

Artikel menarik untuk anda:

KakRaja Dah Ke Belum. Awak Dah Ke Belum?

KakRaja Dah Ke Belum. Awak Dah Ke Belum?

Assalaamu ‘alaikum semua. Salam sejahtera.Jadi, ceritanya,Selepas anak lelaki KakRaja dah ke Belum tahun lepas,…... Baca selanjutnya »

Hari Riang Gembira

Hari Riang Gembira

Assalaamu ‘alaikum semua. Salam sejahtera.Jadi, ceritanya,... Baca selanjutnya »

Hilang Dua Minggu Belum Tentu Dijumpai

Hilang Dua Minggu Belum Tentu Dijumpai

Assalaamu ‘alaikum semua. Salam sejahtera.Jadi, ceritanya,Tengok-tengok gambar lama, KakRaja jumpa gambar KakRaja ... Baca selanjutnya »

Pancung Kepala Terus

Pancung Kepala Terus

Assalaamu ‘alaikum semua. Salam sejahtera.Jadi, ceritanya,Kekadang kita ni geram sangat sampai tak tau nak…... Baca selanjutnya »

Filed Under: Friends, Travel, Umum Tagged With: getah, islam, jahai, kampung, peluru, racun, royalbelum, sumpit, tasik

Previous Post: « KakRaja Dah Ke Belum. Awak Dah Ke Belum?
Next Post: Macam Mana Mengubat Rindu »

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Primary Sidebar

Kaedah Berangka

  • Jangan Sampai Jadi Lebai Malang 18 June 2019
  • Kita Ni Buat Apa Pun Kena Tekun 17 June 2019
  • 4 Perasaan Takut Tuan Rumah Terbuka 16 June 2019
  • Apa Gunanya Ada Anak 9 June 2019
  • Kembang Tekak Bila Pengendali Makanan Kotor 24 May 2019

Archives

  • June 2019 (4)
  • May 2019 (15)
  • April 2019 (30)
  • March 2019 (26)

Copyright © 2021 Kak Raja on the Foodie Pro Theme