Assalaamu ‘alaikum semua. Salam sejahtera.
Jadi, ceritanya,
Seorang rakan KakRaja ni ada banyak bunga ros kat rumah dia. Katanya setiap hari sebelum tidur dia akan belek pokok-pokok bunga ros dia sambil dia ‘bersembang’ dengan pokok tu. Kalo ada yang masih belum tahu, memang pencinta tumbuh-tumbuhan akan selalu ‘bersembang’ dengan pokok-pokok diorang.
Arwah Tuk Ayah dan Atuk KakRaja macam tu juga. Tangan mereka ‘tangan sejuk’ orang kata. Segala apa benda yang mereka tanam pasti akan menjadi dan sangat subur. Malangnya tak menurun pulak tangan sejuk atau tangan hijau tu pada KakRaja.
Petik Aje
Kerana tangan sejuk arwah Tuk Ayah dan Atuk, keliling rumah penuh dengan pokok buah-buahan yang sangat subur dan lebat buahnya. Cakap aje nak buah apa, semua ada.
Jambu batu, jambu air, manggis, macang, mempelam, limau barli, rambutan, cempedak, kelapa. Pokok sireh, daun pegaga, pokok cili, pokok inai, pokok kekabu pun ada. Itu baru yang keliling rumah. Yang dikebun pulak durian, langsat, ciku, pisang, koko, gelugur. Pendek kata dulu masa arwah Atuk ada, memang kami tak pernah membeli buah.
Bila tiba musim buah-buahan, pokok-pokok keliling rumah tu punyalah lebat berbuah, masyaallah sehinggakan kalau berjalan, kena berhati-hati sebab tak pijak tanah. Kami pijak buah. Silap gaya boleh terpelecok atau tergelincir jatuh.
Fenomena biasa untuk kami, dari tingkap dapur rumah saja kami boleh hulur tangan untuk petik buah manggis. Pokok kekabu pula masa keluar kekabunya dah jadi macam pokok yang diselaputi salji layaknya.
Pokok Rindukan Tuan
Bila Tuk Ayah meninggal dunia masa KakRaja tingkatan lima, satu persatu pokok buah-buahan juga mula meninggalkan kami. Setiap kali KakRaja balik bercuti ke kampung, Atuk bagitau pokok ni dah mati, pokok tu kena penyakit, dan seterusnya. Malah daun inai juga dah tak merah inainya.
KakRaja sedih sangat bila sampai masa pokok manggis tepi dapur rumah Atuk untuk ditebang. Dengan sayu Atuk kata pokok manggis tu dah mati sebenarnya. Jadi sebelum ia tumbang menimpa rumah, baiklah tebang. Tiada lagi peluang kami berjalan pijak buah manggis.
Lama-kelamaan hanya tinggal pokok mempelam yang hidup segan mati tak mau, yang Atuk cuba juga selamatkan.
Cuti yang berikutnya KakRaja tengok pokok mempelam tu berbuah lebat walaupun buahnya tak sebesar sebelum ni. Atuk kata suatu hari masa sedang membaja, Atuk sound pokok mempelam tu “kalau kau tak berbuah kali ni, aku tebang kau”.
Oh baru KakRaja tau, itu petuanya rupanya. Kena ‘bersembang’ dengan pokok kita. Pokok mempelam dan pokok sireh saja yang masih tinggal dalam jagaan Atuk.
9 tahun lepas Tuk Ayah pergi, Atuk pulak menyusul. Dan KakRaja saksikan juga akhirnya pokok mempelam dan pokok sireh Atuk turut meninggalkan kami. Tiada lagi lambakan buah-buahan untuk kami. Nak buat pisang goreng pun sekarang kena beli pisang.
Macam tu lah.
Ingat lagi pokok koko depan rumah. Rindu nak petik buah koko. Huhu
Abang kacak recently posted…PUNCA HEAT STROKE
Meriahhhnya pokok buah-buahan.
Seronok membaca sampaikan saya pun macam berada kat situ jugak.
Turut tak jejak kami kat tanah.
kalau dah sembang pun menjadi juga…maksudnya memang anti betul pokok2 tu dengan saya ea kak raja..hehe