Assalaamu ‘alaikum semua. Salam sejahtera.
Jadi, ceritanya,
Selalu orang pergi Vietnam mesti motif utamanya untuk shopping di Ho Chi Minh. Tapi KakRaja memang suka yang lain dari yang lain. KakRaja pergi ke Da Nang, iaitu kawasan pantainya.
1) KakRaja pergi menaiki flight Air Asia, terus ke Da Nang. Kurang pasti pulak ada penerbangan lain ada ke tak. Masa tu ada 1 flight saja dari KLIA ke Da Nang, iaitu pukul 10 pagi. Perjalanan flight selama 2 jam lebih saja.
2) KakRaja pilih hotel yang berdekatan dengan pantai kerana tujuan utama KakRaja adalah untuk me-time dan feveret KakRaja adalah pantai. Hotel pun 3 bintang saja sudah cukup selesa. KakRaja nak pergi enjoy pantainya kan, bukan nak terperap dalam bilik.
3) Itu pertama kali KakRaja ke Vietnam. Jadi baru tahu tak perlu isi embarkation card rupanya.
4) Dari airport Da Nang ke hotel kami yang di tepi pantai tu dalam 15-20 minit saja naik teksi. Bayar teksi pula dalam 150,000 Dong, iaitu lebih kurang RM26/RM27.
5) Makanan halal sangat susah nak dapat. Jadi KakRaja banyak makan roti dan sayuran saja.
6) Rata-rata harga barang di sini sangat murah (kecuali harga teksi). Patutlah ramai orang datang shopping di Vietnam ni.
7) Nak berbahasa dengan orang tempatan agak mencabar sebab tak ramai mereka yang boleh berbahasa Inggeris. Bahasa Melayu apatah lagi (kekeke).
8) Di Da Nang ni memang tak banyak tempat menarik untuk dikunjungi, selain dari pantainya. Namun KakRaja sempat luangkan masa pergi ke Marble Mountain melihat pelbagai patung Buddha. Juga makan malam di pekan yang berdekatan, Hoi An.
9) Pantai Da Nang ni sangat best. Sentiasa berangin, sangat sesuai untuk melepap dan berehat. Pasirnya halus, berwarna beige. Persisiran pantainya sangat bersih. Airnya juga jernih, bersih. Tak macam air laut kita di Malaysia, air laut di Da Nang kurang masin dan kurang melekit.
Macam tu lah.
Leave a Reply