• Skip to primary navigation
  • Skip to content
  • Skip to primary sidebar

Kak Raja

  • Home
  • Saya? KakRaja?
  • INTEREST
    • Keluarga
    • Travel
    • Kesihatan
    • Makanan
    • Muzik
    • Friends
    • Kerjaya
    • Kewangan
  • KOLEKSI CELOTEH
  • SOCMED
    • FACEBOOK
    • INSTAGRAM
You are here: Home / Keluarga / Ditahan Oleh Kastam Kerana Pil

Ditahan Oleh Kastam Kerana Pil

28 April 2019 by yusniza Leave a Comment

Assalaamu ‘alaikum semua. Salam sejahtera.

Jadi, ceritanya,

Sekembalinya KakRaja sekeluarga dari Seoul bulan March hari tu, KakRaja dan suami ditahan di tempat scan bagasi di laluan kastam Malaysia. Panik dan terpinga-pinga. Ini memang kali pertama dalam sejarah kami travel, kami ditahan oleh kastam.

Yang KakRaja tahu, di bahagian scan bagasi ni, kastam hanya akan tahan orang-orang yang bawak bagasi banyak-banyak dan besar-besar, yang mencurigakan saja. Sebab kemungkinan mereka bawak masuk barang-barang yang untuk diperdagangkan.

Jadi kami ni tadi dipanggil ke tepi meja kastam dan diarahkan buka bagasi yang paling besar tu. Masa tu KakRaja tak terfikir langsung yang kami pun dah serupa macam saspek-saspek yang selalu ditahan kastam tu. Sebab selama ni shopping di luar negara pun tak pernah kena tahan oleh kastam.

Rupanya abang pegawai kastam nak tengok apa bendanya yang nampak berbijik-bijik dalam imej scan tu. KakRaja masih lagi terpinga-pinga tak faham apa yang pegawai kastam tu maksudkan. Maklumlah orang tak pernah buat salah kan.

Bila bagasi dah bukak, barulah KakRaja boleh connect the dots. Pegawai kastam maksudkan berbijik-bijik tu, Pil Red Pine Needle Oil dan Pil Ginseng yang KakRaja borong tu rupanya. Yang hanya boleh dibeli di Korea tu. Fuh. Lega hati KakRaja.

Soal siasat tak habis di situ. Pegawai kastam mula menyoal KakRaja dan suami. Pil apa ni? Beli di mana? Beli untuk siapa? Apa kegunaannya? Kenapa beli banyak-banyak?

Rupanya, salah di sisi undang-undang untuk bawak masuk makanan atau ubat-ubatan yang melebihi stok tempoh 3 bulan. Pembawa masuk tu boleh didenda berat dan perlu bayar cukai dagangan. Aduh. Dengar itu je KakRaja rasa nak pening.

Maka KakRaja dan suami pun terangkan dengan sejujur-jujurnya pada abang pegawai kastam, pil-pil ni ialah supplement, untuk kegunaan kami sekeluarga. Mujur ibubapa mertua dan anak-anak ada berdekatan. KakRaja tunjuk pada pegawai kastam keluarga kami yang besar tu.

Sebab tu pil-pil tu banyak. Stok 3 bulan untuk setiap orang. Kami pulak, disebabkan tak tahu pasal undang-undang ni, tak ada lah pulak terfikir nak asing-asingkan pil-pil tu dalam beg masing-masing. Kami packing sekali je semua sebab beli pekej harganya lebih murah sedikit.

Pegawai kastam siap minta tengok kertas keterangan produk dan resit pembelian. Mujurlah kami masih simpan resit-resit tu selepas claim VAT di airport Seoul. Dia pun berbincang dengan pegawai kastam lagi seorang sambil pandang-pandang ahli keluarga kami yang muka cemas tu.

Akhirnya kami dilepaskan dengan ingatan tulus ikhlas. Agak lembik jugak lah kaki KakRaja bila keluar dari balai ketibaan tu. Tobat tak buat dah lepas ni. Patutlah masa kami diberi penerangan tentang pil-pil ni, memang pekej harga mereka dah siap-siap stok untuk 3 bulan. Mesti mereka ni dah tahu pasal perkara kastam ni.

Sekarang KakRaja pun dah tahu. Harap kenalan semua pun ambil tahu tau.

Macam tu lah.

Artikel menarik untuk anda:

Kembali Ke Dunia Fantasi

Kembali Ke Dunia Fantasi

Assalaamu ‘alaikum semua. Salam sejahtera.Jadi, ceritanya,... Baca selanjutnya »

Setiap Anak Itu Berbeza

Setiap Anak Itu Berbeza

Assalaamu ‘alaikum semua. Salam sejahtera.Jadi, ceritanya,Anak ketiga KakRaja, perempuan, lain betul halnya dari abang…... Baca selanjutnya »

Menunaikan Impian Stail KakRaja

Menunaikan Impian Stail KakRaja

Assalaamu ‘alaikum semua. Salam sejahtera.Jadi, ceritanya,Sudah sekian lama anak-anak perempuan KakRaja ni sangat…... Baca selanjutnya »

Rezeki Jumpa Kawan Baru

Rezeki Jumpa Kawan Baru

Assalaamu ‘alaikum semua. Salam sejahtera.Jadi, ceritanya,... Baca selanjutnya »

Mendaki Great Wall of China

Mendaki Great Wall of China

Assalaamu ‘alaikum semua. Salam sejahtera.Jadi, ceritanya,Sambil KakRaja drive balik KL tengah-tengah malam tadi, anak…... Baca selanjutnya »

Filed Under: Keluarga, Kesihatan, Makanan, Travel, Umum Tagged With: airport, bagasi, berat, cukai, denda, ginseng, jujur, keluarga, makanan, malaysia, negara, packing, panik, pegawai, pekej, pening, produk, redpineneedle, scan, seoul, shopping, stok, supplement, tahan, ubat, undangundang, vat

Previous Post: « Melegakan Kepala Yang Serabut
Next Post: Setiap Anak Itu Berbeza »

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Primary Sidebar

Kaedah Berangka

  • Jangan Sampai Jadi Lebai Malang 18 June 2019
  • Kita Ni Buat Apa Pun Kena Tekun 17 June 2019
  • 4 Perasaan Takut Tuan Rumah Terbuka 16 June 2019
  • Apa Gunanya Ada Anak 9 June 2019
  • Kembang Tekak Bila Pengendali Makanan Kotor 24 May 2019

Archives

  • June 2019 (4)
  • May 2019 (15)
  • April 2019 (30)
  • March 2019 (26)

Copyright © 2021 Kak Raja on the Foodie Pro Theme