• Skip to primary navigation
  • Skip to content
  • Skip to primary sidebar

Kak Raja

  • Home
  • Saya? KakRaja?
  • INTEREST
    • Keluarga
    • Travel
    • Kesihatan
    • Makanan
    • Muzik
    • Friends
    • Kerjaya
    • Kewangan
  • KOLEKSI CELOTEH
  • SOCMED
    • FACEBOOK
    • INSTAGRAM
You are here: Home / Keluarga / Hari Riang Gembira

Hari Riang Gembira

27 March 2019 by yusniza Leave a Comment

Assalaamu ‘alaikum semua. Salam sejahtera.

Jadi, ceritanya,

Selepas sarapan pagi di hotel semalam kami naik bas selama 2 jam untuk ke Daejanggeum Theme Park yang dikenali sebagai set penggambaran drama-drama Korea berbentuk sejarah. Terdapat pelbagai jenis istana dan rumah Korea kuno di sini. Ianya dibina khas bukan sahaja untuk sesi penggambaran tetapi juga untuk mempromosikan budaya masyarakat Korea zaman dahulu kala.

Fuhh dia punya berjalan dari satu set ke satu set tu, mendaki bukit. Pepagi tu lagi KakRaja boleh rasa dah turun berat 100 gram. Tapi memang cantik sangat set penggambaran ni. Kebetulan ada beberapa sesi penggambaran sedang berjalan serentak. Berpeluang jugak kami curi-curi amik gambar pelakon yang tengah berlakon tu.

Lepas makan tengahari di restoran Siam kami ke Everland Theme Park di Yongin pulak. Everland ni konsep macam Universal Studio dan Disneyland macam tu. Ada banyak permainan, ride dan bahagian untuk binatang macam di zoo. Anak-anak KakRaja enjoy habis.

KakRaja je lah jalan-jalan tengok-tengok je. Rasanya quota KakRaja untuk bermain roller coaster ni semua sudah dipenuhi. Puas dah rasanya bertahun-tahun ni main roller coaster. Jadi KakRaja banyak duduk dan memerhatikan pengunjung-pengunjung Everland ni.

People watching ni memang salah satu hobi KakRaja dari dulu. Suatu yang menarik perhatian KakRaja adalah uniknya kereta sorong anak kecil yang orang Korea ni gunakan. Macam troli barang yang sangat selesa. Sambil tu juga memikirkan tak sangka KakRaja dah sampai ke tempat asal artis Kpop kesukaan KakRaja, Song Min-Ho dari kumpulan Winner.

Kami makan malam awal, di sebuah restoran tempatan yang mensajikan sup makanan laut cara Korea. Kita datang negara orang kan, kenalah cuba makanan mereka, betul tak? Takkan nak makan nasi lemak, roti canai jugak.

Kami kembali ke Seoul dan singgah sekejap di Hanok Village, sebelum ke Namsan Tower. Berbelas-belas bas persiaran malam ni yang datang ke Namsan Tower. Kebanyakannya pengunjung dari Indonesia.

Waktu malam Namsan Tower akan bercahaya. Rupanya warna lampunya bukan saja suka-suka bertukar-tukar. Cahaya lampunya mengikut tahap kebersihan udara rupanya.

Hijau saja

Kalau hijau, udaranya biasa-biasa saja. Kalau biru tandanya udara di Seoul ni sangat bersih. Dan kalau merah pulak tandanya udara sangat kotor.

Wow. KakRaja sangat impressed. Sampai macam tu sekali teknologi Korea ni. Ingatkan setakat penulen udara di rumah tu saja yang bertukar-tukar warna.

Keluarga Besar Bercuti Bersama :
Hari 00 – Menunaikan Impian Stail KakRaja
Hari 01 – Bas Persiaran Depan Pintu Rumah
Hari 01 – Rezeki Jumpa Kawan Baru
Hari 03 – Winter Sonata
Hari 04 – Hampir Kecemasan Tapi Tak Jadi Cemas
Hari 05 – Menjejak Langkah Artis Kpop
Hari 06 – Kembali Ke Dunia Fantasi

Macam tu lah.

Artikel menarik untuk anda:

Hampir Kecemasan Tapi Tak Jadi Cemas

Hampir Kecemasan Tapi Tak Jadi Cemas

Assalaamu ‘alaikum semua. Salam sejahtera.Jadi, ceritanya,Hari keempat semalam pun jadual pack habis. Pepagi dah…... Baca selanjutnya »

Senang Belajar Bahasa Korea

Senang Belajar Bahasa Korea

Assalaamu ‘alaikum semua. Salam sejahtera.Jadi, ceritanya,Dalam pada KakRaja dan the girls menjalankan ... Baca selanjutnya »

Filed Under: Keluarga, Travel, Umum Tagged With: dramakorea, everlandthemepark, namsantower, rollercoaster, themepark, yongin

Previous Post: « Rezeki Jumpa Kawan Baru
Next Post: Winter Sonata »

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Primary Sidebar

Kaedah Berangka

  • Jangan Sampai Jadi Lebai Malang 18 June 2019
  • Kita Ni Buat Apa Pun Kena Tekun 17 June 2019
  • 4 Perasaan Takut Tuan Rumah Terbuka 16 June 2019
  • Apa Gunanya Ada Anak 9 June 2019
  • Kembang Tekak Bila Pengendali Makanan Kotor 24 May 2019

Archives

  • June 2019 (4)
  • May 2019 (15)
  • April 2019 (30)
  • March 2019 (26)

Copyright © 2021 Kak Raja on the Foodie Pro Theme