Assalaamu ‘alaikum semua. Salam sejahtera.
Jadi, ceritanya,
KakRaja ni dibesarkan dengan cara kurang bergantung pada ubat-ubatan doktor. Kalau setakat demam ke, batuk, sakit kepala, selesema sikit-sikit tu memang kami jarang ke klinik. Hanya kalau berlarutan atau teruk sangat baru ke klinik ambil ubat.
Abah dan arwah mak KakRaja ajar kami untuk guna home remedy saja. Walaupun abah yang bertugas di klinik tentera masa tu senang je nak dapatkan ubat. Tapi prinsip abah tak suka ada banyak chemical dalam badan. Menurunlah pulak prinsip tu pada KakRaja.
Punyalah jarang KakRaja makan ubat, sehinggakan kalau demam teruk pun, KakRaja hanya makan sebiji paracetamol saja dah cukup untuk ‘pengsan’ macam makan ubat tidur. Apatah lagi kalau diberi morfin yang kuat tu (semasa melahirkan), sampai naik allergy seluruh badan berhari-hari.
Jadi sampai sekarang memang KakRaja amalkan home remedy untuk anak-anak KakRaja. Ingatan, untuk sakit-sakit biasa saja tau home remedy KakRaja ni. Kalau dah gigi patah memang tak dapeklah nak berhome remedy bagai.
Amalan Semasa Demam
1. Pakaian Nipis
Perkara pertama amalan bila demam ialah tidak memakai baju sejuk atau baju tebal. Pakai saja tshirt biasa. Selimut pun jenis yang nipis, bukan yang tebal macam comforter. Supaya suhu panas badan tu dapat keluar dan tak terperangkap dalam badan.
Air-cond memang lah tak pasang tapi KakRaja akan buka kipas perlahan. Ini supaya udara circulate dan udara panas tak terperap dalam bilik.
2. Jaram
KakRaja akan jaram seluruh badan dengan tuala kecil yang lembap-basah. Gunakan air yang bersuhu bilik atau lebih sejuk sikit dari suhu bilik.
Tumpukan pada bahagian badan yang selalu menyimpan panas, contohnya pelipat siku, pelipat belakang lutut, ketiak, leher, tengkuk, tapak kaki, tapak tangan, kepala. Lepas selesai jaram seluruh badan, tinggalkan tuala lembap tu atas dahi.
Terutama bila anak yang demam, memang kena mengadap 24 jam supaya demam dia tak melarat. KakRaja amalkan jaram ni setiap 30 minit atau setiap jam.
KakRaja memang yakin mujarab kaedah jaram ni sebab KakRaja dah beberapa kali melalui pengalaman kena jaram ni sendiri, malah lebih extreme lagi.
Sekali masa KakRaja sekolah rendah dulu, demam yang panas, abah jaram KakRaja dengan air ais. Sejuk beku Ya Rabbi. Tapi lepas 2 kali jaram dengan air ais tu, Alhamdulillah terus kebah demam.
Sekali lagi pula KakRaja pulang bercuti dari asrama dalam keadaan demam. Banyak ubat dah makan sampai mabuk ubat orang kata, tapi demam masih kuat. Abah mandikan KakRaja dengan air sejuk, basahkan dari rambut. Dah macam sesi mandikan pesakit di pusat serenti gayanya. Elok terus demam lepas tu.
Dan sekali lagi KakRaja demam panas tak kebah kebah di asrama. Agaknya KakRaja dah makin teruk sampai roommate KakRaja mintak cikgu bawak KakRaja ke hospital malam tu jugak.
Sampai saja ke hospital tentera Kem Terendak, pegawai perubatan yang bertugas tu terus siapkan bathtub penuh berisi ais. Tak ada air ye. Ais saja. Dan KakRaja diarahkan terus masuk dalam bathtub berisi ais tu. KakRaja tak ingat apa berlaku lepas tu. Tapi esoknya dah sihat dah boleh balik asrama.
3. Minum Air Kosong
Seterusnya mesti beri (atau paksa) anak minum air kosong banyak-banyak. Setiap 10 minit mesti minum. Dapat seteguk atau 2 teguk pun jadi. KakRaja selalu akan sediakan sebotol air kosong di tepi katil dan akan pastikan setiap jam air minum tu wajib berkurangan.
Buat cara ni, banyak minum air, pasti akan rasa nak buang air kecil selalu dan haba demam pun akan keluar sekali.
4. Mandi
Selalunya akan ada masa yang demam akan kebah sekejap dan dia akan berpeluh-peluh. Biarkan peluh itu keluar. Lepas dah reda berpeluh-peluh tu, sebelum sempat badannya mula panas balik, KakRaja akan bagi anak mandi. Di samping bersihkan peluh tadi, juga normalkan suhu badan.
Kalau demamnya datang balik selepas mandi tu, buat saja cara yang sama dari mula tadi. Jaram, minum air banyak, berpeluh dan mandi. Sebab tu lah KakRaja kata tadi, memang kena mengadap 24 jam. Insyaallah kalau setakat demam biasa, tak makan ubat pun boleh baik demamnya.
Tapi kalau selepas beberapa kali jaram (maksudnya dah berjam-jam la tu), minum air pun dah bertong-tong, masih tak surut lagi panasnya, silalah bawa ke klinik atau hospital ye. Jangan la pulak gigih nak jaram jugak, “sebab KakRaja suruh”.
Simple saja home remedy KakRaja. Tak payah nak cari 7 jenis daun ke apa ke. Cubalah ye.
Macam tu lah.
sori jaram ni apa ek? abang orang key el, tak tahu sangat istilah kampung ni