Assalaamu ‘alaikum semua. Salam sejahtera.
Jadi, ceritanya,
Orang barat kata, ada 2 perkara yang pasti dalam hidup ni iaitu Mati dan Cukai; ‘Death and Taxes’. Dengar dua-dua ni pun boleh tegak bulu roma. Apatah lagi nak menghadapinya.
Masa KakRaja bekerja bergaji bulanan dulu masuk je bulan April kami satu pejabat mulalah meluahkan keluhan masing-masing tentang nak siapkan e-Filing Cukai Pendapatan. Boleh menimbulkan migrain tau isu ni.
Namun KakRaja dah biasa buat e-Filing sendiri dan juga bantu suami sekali setiap tahun. Senang saja nak buat untuk kami yang bergaji bulanan. Berpandukan EA Form yang company bagi, isi je borang e-Filing, straightforward je. Kiranya KakRaja memang pakarlah dalam mengisi borang e-Filing.
Lepas 10 tahun KakRaja buat e-Filing ni KakRaja dah rilek je. Tapi kak raja memang faham sangat dilema orang yang belum biasa buat cukai ni. Nak fahamkan terma-terma cukai, tahap-tahap perlepasan cukai, macam-macam lagilah.
Simpan Resit
Yang paling memeningkan kepala ialah bila nak korek balik resit-resit perkara yang nak tuntut perlepasan cukai tu. Almaklumlah setahun sekali saja nak buat ni. Setahun sekali baru nak cari resit yang dah entah ke mana-mana.
Ditambah pulak kalau resitnya ada, tapi ada dalam email. Jenuh nak mengorek email setahun. Atau resitnya ada, tapi tulisannya dah hilang. Aduhai. Macam mana nak tuntut ni?
Buat Fail Excel
KakRaja tak merasai semua ni. Sebab KakRaja pernah belajar dari seorang penasihat cukai dulu. Semua resit KakRaja akan rekodkan dalam fail excel di komputer, mengikut kategori resit. KakRaja buat ni secara konsisten setiap bulan.
Fail excel perbelanjaan bulanan KakRaja sangat detail dan telah mula disimpan semenjak 14 tahun yang lalu. Manakala resit-resit asal perbelanjaan pula KakRaja kepilkan mengikut kategori juga, setiap bulan.
Setiap kali bermulanya bulan baru, KakRaja akan terus rekodkan dan update fail excel perbelanjaan bulanan. Lepas kepilkan resit-resit semua, KakRaja masukkan semuanya dalam sebuah kotak. Kan LHDN perlukan kita untuk simpan semua resit untuk tempoh 7 tahun.
Bila sampai masa untuk e-Filing KakRaja masukkan saja data dari fail excel tu ke dalam template e_Filing. Senang bukan?
Sekarang bila KakRaja dah bertukar kerjaya, dari e-Filing borang BE, KakRaja perlu guna borang B. Borang B lebih kompleks dari borang BE. Nak isi borang B pun adalah pada bulan Jun, bukan lagi bulan April.
Dah nak masuk 4 tahun ni pun KakRaja masih pening lagi. Tapi tak apa, bukankah kita perlu sentiasa buka minda untuk belajar benda baru. Yang penting setiap bulan kena terus rekod dan failkan semua resit perbelanjaan. Jangan bertangguh. Bahaya padahnya nanti.
Macam tu lah.
Tqqqq. Nanti mohon share file excel resit tu ya kak raja
boleh boleh. ayam hutan golek je pengeras nya