• Skip to primary navigation
  • Skip to content
  • Skip to primary sidebar

Kak Raja

  • Home
  • Saya? KakRaja?
  • INTEREST
    • Keluarga
    • Travel
    • Kesihatan
    • Makanan
    • Muzik
    • Friends
    • Kerjaya
    • Kewangan
  • KOLEKSI CELOTEH
  • SOCMED
    • FACEBOOK
    • INSTAGRAM
You are here: Home / Keluarga / Industri Kpop Yang Unik

Industri Kpop Yang Unik

23 March 2019 by yusniza 4 Comments

Assalaamu ‘alaikum semua. Salam sejahtera.

Jadi, ceritanya,

Semenjak beberapa tahun ke belakang ni, anak-anak perempuan remaja KakRaja dah berubah minat diorang dari kumpulan One Direction, kepada Kpop pulak. Oleh kerana mak ni versatile, mak pun samalah terjebak meminati Kpop ni.

Asalnya KakRaja suka satu lagu yang selama ni KakRaja ingatkan lagu Inggeris. Bila anak KakRaja dengar, diorang kata, “eh mak dengar lagu Kpop?”. KakRaja sangat impressed. Rupanya tanggapan KakRaja kepada muzik Kpop selama ni banyak yang salah.

Bermula dari situ KakRaja mula mengkaji dan mengikuti, bukan saja muzik Kpop, malah perkembangan industri Kpop itu sendiri. KakRaja kalau dah meminati sesuatu perkara tu memang gigih nak tahu dari A sampai Z. Banyak fakta Kpop yang membuatkan KakRaja kagum dengan industri ni.

1. Hasil Eksport Negara

Industri Kpop ni bermula bila seluruh dunia mengalami kemerosotan ekonomi yang teruk, termasuklah negara Korea dalam penghujung 80-an dulu. Negara Korea yang tak banyak sumber semulajadi, telah fokus kepada industri muzik Kpop sebagai hasil negara mereka yang terbesar untuk dieksport.

2. Sekolah Seni Khas

Sekolah-sekolah seni tumbuh macam cendawan untuk mencari, mendidik dan menghasilkan artis-artis Kpop yang popular seperti sekarang. Dah macam satu industri perkilangan pulak. Kalau biasanya kilang mengeluarkan barangan. Sekolah-sekolah seni ni mengeluarkan bakal-bakal artis yang berbakat.

3. Latihan di Agensi

Selepas tamat sekolah seni (macam sekolah menengah kita) bakal-bakal artis ni akan melalui banyak sesi ujibakat yang sangat sengit untuk mendapat tempat di agensi-agensi muzik.

Yang berjaya dipilih pulak bukan terus keluarkan album dan jadi popular. Mereka perlu melalui sesi latihan khusus, yang sangat ketat, mengikut visi dan misi agensi masing-masing.

Kadang-kadang sesi latihan ni mengambil masa bertahun-tahun. Ada mereka yang menjadi pelatih hampir 10 tahun lamanya, barulah berpeluang menjadi artis. Yang mana lebih berbakat hanya akan melalui latihan di agensi untuk setahun dua atau kurang dari setahun.

Bakal artis yang tak boleh sesuaikan diri, akan keluar dari agensi tersebut dan ulang semula sesi ujibakat tadi di agensi lain, demi nak mencapai impian mereka menjadi artis.

4. Sambung Belajar

Ramai juga artis Kpop ni walaupun dah terkenal di seluruh dunia mereka akan sambung belajar. Ada mereka yang ada Ijazah, ada Master dan ada PhD. Kebanyakan mereka dulunya tak berpeluang untuk terus belajar ke peringkat tinggi kerana mahu mengejar cita-cita nak menjadi artis pada usia yang muda, seperti kehendak industri Kpop itu sendiri.

Ada juga kerana keadaan keluarga yang miskin membuatkan mereka terpaksa menjadi artis dan sambung belajar semula setelah berjaya, terkenal dan berkemampuan.

5. Sifat Rendah Diri

Dan yang paling KakRaja kagum sekali ialah hampir semua artis Kpop ni sangat bersifat rendah diri walaupun dah terkenal ke seluruh dunia sampai ke Uganda sana. Mereka masih amalkan sikap Boleh Ditegur, Boleh Diajar dan Mahu Belajar.

Mungkin kerana latar belakang hidup dan perjalanan karier yang penuh pahit maung buat mereka sentiasa sopan dan menghormati orang lain. KakRaja kagum bagaimana mereka sentiasa memikirkan dan meletakkan peminat mereka di depan, dalam apa jua yang mereka lakukan.

Jadi perkara dan informasi yang macam ni KakRaja akan ambil peduli dan jadikan topik perbualan dan perbincangan dengan anak KakRaja. Sambil Melayan Emosi Anak Perempuan KakRaja, sambil-sambil selitkan bergelen-gelen nasihat.

Macam tu lah.

Artikel menarik untuk anda:

Menjejak Langkah Artis Kpop

Menjejak Langkah Artis Kpop

Assalaamu ‘alaikum semua. Salam sejahtera.Jadi, ceritanya,KakRaja dah bertenang baru boleh nak menulis ni. Seolahnya…... Baca selanjutnya »

Menunaikan Impian Stail KakRaja

Menunaikan Impian Stail KakRaja

Assalaamu ‘alaikum semua. Salam sejahtera.Jadi, ceritanya,Sudah sekian lama anak-anak perempuan KakRaja ni sangat…... Baca selanjutnya »

Senang Belajar Bahasa Korea

Senang Belajar Bahasa Korea

Assalaamu ‘alaikum semua. Salam sejahtera.Jadi, ceritanya,Dalam pada KakRaja dan the girls menjalankan ... Baca selanjutnya »

Melayan Emosi Anak Perempuan

Melayan Emosi Anak Perempuan

Assalaamu ‘alaikum semua. Salam sejahtera.Jadi, ceritanya,Dua orang anak perempuan KakRaja dah meningkat remaja. Sebagai…... Baca selanjutnya »

Filed Under: Keluarga, Muzik, Umum Tagged With: anakperempuan, kpop, latihan, muzik, nasihat

Previous Post: « Selesaikan 257 Perkara OCD Pada Satu Masa
Next Post: Menunaikan Impian Stail KakRaja »

Reader Interactions

Trackbacks

  1. Menunaikan Impian Stail KakRaja | Kak Raja says:
    24 March 2019 at 12:30 am

    […] diorang tak pernah meminta, daripada gaya cakap tu KakRaja tahu diorang impikan nak melawat sendiri negara Kpop ni, dan tempat-tempat artis terkenal Kpop kesayangan […]

    Reply
  2. Macam Mana Mengubat Rindu | Kak Raja says:
    23 April 2019 at 9:08 am

    […] Peminat-peminat Kpop pasti tahu semua lelaki Korea wajib menunaikan syarat ketenteraan apabila mereka berumur 18 tahun dan sebelum umur 28 tahun, termasuk lah juga artis Kpop lelaki. […]

    Reply
  3. Melayan Emosi Anak Perempuan | Kak Raja says:
    5 May 2019 at 9:27 pm

    […] lah KakRaja discover rahsia nak berkomunikasi dengan anak remaja dengan jayanya. Kita kena tunjuk minat yang sama macam perkara yang dia minat tu. KakRaja akan tanya atau bersembang tentang topik yang diorang […]

    Reply
  4. Mendaki Great Wall of China | Kak Raja says:
    5 May 2019 at 9:36 pm

    […] lah teman bersembang supaya tak mengantuk. Seperti biasa, KakRaja akan mulakan dengan cerita-cerita artis Kpop dulu, bagi dia semangat. Dari situ topik persembangan kami berkisar ke macam-macam topik lain, […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Primary Sidebar

Kaedah Berangka

  • Jangan Sampai Jadi Lebai Malang 18 June 2019
  • Kita Ni Buat Apa Pun Kena Tekun 17 June 2019
  • 4 Perasaan Takut Tuan Rumah Terbuka 16 June 2019
  • Apa Gunanya Ada Anak 9 June 2019
  • Kembang Tekak Bila Pengendali Makanan Kotor 24 May 2019

Archives

  • June 2019 (4)
  • May 2019 (15)
  • April 2019 (30)
  • March 2019 (26)

Copyright © 2021 Kak Raja on the Foodie Pro Theme