Assalaamu ‘alaikum semua. Salam sejahtera.
Jadi, ceritanya,
KakRaja tak suka makan ubat dan memang tak dibiasakan makan ubat. Jadi seboleh-bolehnya KakRaja akan jaga kesihatan supaya tak jatuh sakit. Bukan lah nak bangga diri, tapi KakRaja memang jarang sekali sakit demam-demam biasa, batuk, selesema dan sakit kepala.
Masa KakRaja bekerja bergaji bulanan dulu, rekod paling lama KakRaja tak pernah ambil MC adalah selama 3 tahun. Bukanlah KakRaja tak sakit langsung, tapi setakat demam sikit, selesema sikit, batuk sikit, yang berpunca dari salah sendiri, memang KakRaja lawan balik. Lama-lama penyakit tu give-up dengan KakRaja. Alhamdulillah cepat sihat.
Jadi KakRaja suka nak berkongsi dengan kenalan semua, 3 cara yang KakRaja dah amalkan bertahun-tahun untuk elak dari mendapat sakit-sakit demam batuk selesema biasa ni.
1. Tidur Yang Cukup
KakRaja sendiri perlu tidur 7-8 jam sehari. Kalau kita kurang tidur setakat 1 atau 2 hari memang badan masih boleh tahan lagi. Cubalah kurang tidur selama seminggu straight, apa jadi? Confirm demam atau mula nak kena selesema.
Tambah pula bila kita meningkat usia, lagi selalu kurang tidur, lagi selalu lah dapat selesema dan demam.
2. Minum Air Kosong Yang Banyak
Macam mana nak tahu kita minum air kosong tu dah cukup banyak? 8 gelas KakRaja mungkin tak sama besar dengan 8 gelas orang lain, kan?
Petunjuk KakRaja ialah minum air kosong sampai :
i) tak rasa haus langsung.
ii) bibir tak terasa kering.
iii) air kencing jernih tak berwarna.
3. Mind Control
You control your Mind.
Not your mind control you.
– KakRaja
Nasihat KakRaja, bila demam atau selesema sikit-sikit tu renungkan semula habit awak tu. Kemungkinan besar berpunca dari A atau B, atau kedua-duanya sekali. Ha, dah tu salah siapa?
Dah tahu salah sendiri, cubalah set fikiran untuk lawan sakit tu. Kurangkan bergantung pada ubat.
Jangan Fikir, Buat Saja
7 kelebihan bila kita buat saja, tak fikir banyak-banyak alasan :
- Bila kita jarang sakit, bahan chemical dalam badan kurang.
- Masa kita pun jimat daripada selalu nak kena ulang-alik ke klinik.
- Kos klinik pun boleh dikurangkan.
- Majikan pun sayang dapat pekerja macam ni.
- Barulah senang nak dapat naik pangkat.
- Silap-silap kita harap nak dapat naik gaji sikit, tiba-tiba bos bagi naik gaji lebih banyak dari orang lain (macam KakRaja, eh).
- Keluarga pun lebih harmoni sebab tak ada sakit-sakit ni dalam rumah.
Namun begitu kalau dah demam jugak nak buat macam mana kan. Terima je lah. Dalam artikel yang lepas KakRaja kongsi sedikit home remedy KakRaja yang ringkas, yang biasa KakRaja amalkan bila demam.
Semoga hidup kita lebih fulfilling tanpa gangguan sakit-sakit ni. Insyaallah.
Macam tu lah.
Tenkiu kakak