• Skip to primary navigation
  • Skip to content
  • Skip to primary sidebar

Kak Raja

  • Home
  • Saya? KakRaja?
  • INTEREST
    • Keluarga
    • Travel
    • Kesihatan
    • Makanan
    • Muzik
    • Friends
    • Kerjaya
    • Kewangan
  • KOLEKSI CELOTEH
  • SOCMED
    • FACEBOOK
    • INSTAGRAM
You are here: Home / Kewangan / Kita Ni Buat Apa Pun Kena Tekun

Kita Ni Buat Apa Pun Kena Tekun

17 June 2019 by yusniza Leave a Comment

Assalaamu ‘alaikum semua. Salam sejahtera.

Jadi, ceritanya,

Ini kata-kata arwah maternal grandmother KakRaja dulu. KakRaja masih ingat sampai sekarang. Walaupun masa tu KakRaja tak berapa nak faham apa maksudnya, jadi KakRaja tak ambil kisah sangat.

20 tahun kemudian, barulah KakRaja mula memahami. Maksudnya, apa saja yang kita buat ni, belajar ke, berbisnes ke, bekerja ke, kena lakukan dengan tekun, konsisten dan bersungguh-sungguh.

Kalau belajar, belajarlah dengan tekun. Jangan ponteng kelas. Selesaikan segala homework. Taat dan hormat dengan cikgu. Buat ulangkaji secara konsisten. Itu usaha yang kita boleh buat. Keputusannya nanti bergantung dengan usaha tekun kita tu.

Kalau bekerja bergaji bulanan, bekerjalah dengan tekun. Jangan mengelat-ngelat. Kalau tak sakit, tak perlu lah acah-acah sakit, suka-suki ambil MC. Datanglah kerja ‘before time’. Time kerja jangan le banyak membawang pulak. Kerjalah dengan sepenuh jiwa. Itu usaha yang kita boleh buat. Keputusannya nanti bergantung dengan usaha tekun kita tu.

Kalau berbisnes, perlu sabar dan tekun. Jangan buat separuh jalan saja. Baru dapat halangan sikit dah give-up. Baru kena perli dengan kawan, dah give-up. Kawan cerita peluang bisnes baru, dah berubah hati nak mencuba bisnes lain pulak. Tak sempat bisnes tu nak ‘menapak’. Teruskanlah usahakan bisnes kita tu. Keputusannya nanti bergantung dengan usaha tekun kita tu.

Ye. KakRaja dah faham sekarang apa maksud Atuk KakRaja dulu. Dalam kita memerhatikan orang di sekeliling kita, perhatikan,

Selepas setahun, 2 atau 3 tahun, apakah dia masih ‘tekun’ dengan pekerjaannya atau bisnesnya?

Perhatikan juga, apakah kehidupan dia bertambah baik dengan pekerjaannya atau bisnesnya?

Atau, adakah kehidupannya masih tak berubah, masih di takuk lama juga? Kalau inilah yang berlaku, mungkinkah dia kurang tekun? Atau mungkinkah dia perlu menukar pekerjaan atau bisnesnya?

Macam tu lah.

Artikel menarik untuk anda:

Punya Leka Sampai Kena ‘pau’ Dua Kali di Itali

Punya Leka Sampai Kena ‘pau’ Dua Kali di Itali

Assalaamu ‘alaikum semua. Salam sejahtera.Jadi, ceritanya,Bila kita melancong ke negara orang, selalu kita dinasihatkan…... Baca selanjutnya »

Ayat Magik Untuk JuruJual

Ayat Magik Untuk JuruJual

Assalaamu ‘alaikum semua. Salam sejahtera.Jadi, ceritanya,Konon-kononnya KakRaja ... Baca selanjutnya »

Filed Under: Kewangan, Sales, Umum Tagged With: atuk, belajar, bisnes, faham, give-up, grandmother, homework, jiwa, keputusan, konsisten, peluang, perli, ponteng, sabar, sakit, ulangkaji, usaha

Previous Post: « 4 Perasaan Takut Tuan Rumah Terbuka
Next Post: Jangan Sampai Jadi Lebai Malang »

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Primary Sidebar

Kaedah Berangka

  • Jangan Sampai Jadi Lebai Malang 18 June 2019
  • Kita Ni Buat Apa Pun Kena Tekun 17 June 2019
  • 4 Perasaan Takut Tuan Rumah Terbuka 16 June 2019
  • Apa Gunanya Ada Anak 9 June 2019
  • Kembang Tekak Bila Pengendali Makanan Kotor 24 May 2019

Archives

  • June 2019 (4)
  • May 2019 (15)
  • April 2019 (30)
  • March 2019 (26)

Copyright © 2021 Kak Raja on the Foodie Pro Theme