Assalaamu ‘alaikum semua. Salam sejahtera.
Jadi, ceritanya,
Bila sebut Langkawi, orang akan ingat shopping coklat dan luggage. Atau pun melawat tempat-tempat bersejarah Mahsuri. Samalah juga dengan KakRaja.
Sehinggalah kami sepasukan pergi ke Langkawai 3 tahun lepas dan bos kami telah organise untuk kami melalui pengalaman pandu sendiri jetski selama 4 jam dan meronda 7 buah pulau.
Perkara pertama, life jacket, wajib dipakai. Kami sewa dalam 10 buah jetski rasanya. Sebuah jetski untuk 2 orang. KakRaja memilih untuk memandu dan suami membonceng.
Guide kami beri arahan mudah cara memandu jetski. Senang saja rupanya. Macam pandu motorsikal otomatik je. Namun yang paling penting ialah formation kami semasa di laut nanti. Kerana kami segerombolan jetski. Jadi sangat penting untuk kami pandu kekal dalam formation agar kejadian-kejadian aneh seperti jetski terbalik tidak berlaku.
Formation kami dalam bentuk huruf V terbalik (macam formation sekawan burung terbang tu). Sebuah jetski di depan sekali ialah guide kami. Di belakang kirinya sebuah jetski, dan kanannya sebuah lagi. Dan di belakang tu sebuah jetski lagi di kiri dan kanan, tapi mengembang ke tepi. Dan seterusnya sehingga terbentuk huruf V terbalik.
Ini supaya, alunan ombak dari jetski di depan tak berada dalam laluan jetski di belakang. Sebab untuk amatur macam kami ni, nak pecut jetski dalam alunan ombak tu boleh mendatangkan bahaya. Silap-silap boleh terbalik. Yang tambah merbahaya bila di belakang yang terbalik tu ada jetski lagi.
Jadi kami patuh. Juga ada lagi seorang guide dengan jetski lain mengikut kami dari tepi formation. Dia ni pulak memerhati dan memberi arahan kepada sesiapa yang dah terkeluar dari formation, pandu terlebih laju atau terlebih perlahan.
Walaupun kami berhati-hati, tapi kami sangat enjoy. Guide kami sangat sporting dan biarkan kami memecut sehingga 80km/jam. Namun mereka tetap beri perhatian rapat kepada ahli kami yang nampak kurang yakin.
Ada pulau yang kami berhenti melawat, berhenti rehat dan mandi-manda seperti Pulau Dayang Bunting. Dan ada pulau yang kami sekadar lalu saja sambil mengamati keindahan bentuk pulau tu.
Apa pun bermula dari jetski 4 jam di Langkawi tu, KakRaja memang confident je bawak jetski. Seronok dapat bawak anak KakRaja ronda naik jetski semasa kami bercuti pulak di Maldives.
Macam tu lah.
Leave a Reply