Assalaamu ‘alaikum semua. Salam sejahtera.
Jadi, ceritanya,
Dulu masa mula-mula bekerja, dalam kepala KakRaja hanyalah nak cari duit untuk sara hidup dan mungkin untuk hidup senang sikit. Kita kan manusia. Lama-lama mula rasa tamak sikit. Mula rasa nak miliki harta duniawi. Mula rasa nak menempa nama agar dikenali.
Sehinggalah KakRaja merasai betul-betul kepuasan nikmat hasil bekerja bilamana KakRaja dapat membantu ramai orang merubah kehidupan menjadi lebih baik. Kepuasannya tak dapat dibeli dengan wang ringgit. Kegembiraan melihat kehidupan dan ekonomi mereka bertambah baik tak dapat dibayangkan dengan perkataan.
Namun impact nya kepada KakRaja boleh tahan jugak padunya. KakRaja jadi berkali ganda lebih workaholic, tak kenal penat, tak kenal siang atau malam. Dan selalu tak boleh tidur malam sebab asyik fikirkan macam mana lagi KakRaja boleh bantu orang ni.
There’s Only So Much You Can Do
Itu dulu. Bila KakRaja dah ‘insaf’ dan berhenti dari kerja bergaji bulanan, KakRaja tak jangka akan melalui fasa itu sekali lagi, dalam jangka masa yang sangat cepat pulak tu.
Namun KakRaja perlu membuat pilihan samada fikirkan diri sendiri, atau turut fikirkan perkembangan kehidupan orang-orang sekeliling yang sangat bermakna pada KakRaja.
Akhirnya, mungkin kerana pengalaman sebelum ni, KakRaja memilih untuk bersama dengan mereka. Memang KakRaja merasai kepuasannya, tapi KakRaja perlu beringat juga supaya ‘pisang tak berbuah dua kali’.
Macam tu lah.
Leave a Reply