• Skip to primary navigation
  • Skip to content
  • Skip to primary sidebar

Kak Raja

  • Home
  • Saya? KakRaja?
  • INTEREST
    • Keluarga
    • Travel
    • Kesihatan
    • Makanan
    • Muzik
    • Friends
    • Kerjaya
    • Kewangan
  • KOLEKSI CELOTEH
  • SOCMED
    • FACEBOOK
    • INSTAGRAM
You are here: Home / Keluarga / ‘Mak, Jom lah’

‘Mak, Jom lah’

11 March 2019 by yusniza 2 Comments

Assalaamu ‘alaikum semua. Salam sejahtera.

Jadi, ceritanya,

Setiap tahun bila mencecah saja bulan Mac, persoalan feveret yang selalu dibincangkan, nak pergi mana cuti sekolah ni. Anak-anak KakRaja selalunya pun mengharap mak dan abah ada rancang sesuatu masa cuti. Tapi selalunya diorang jarang suarakan sebab mak dan abah ni garang. Banyak tanya nanti langsung tak pergi mana-mana.

Disebabkan anak-anak KakRaja jarang meminta-minta, KakRaja suka buat kejutan untuk pergi bercuti. Dah jadi macam habit pulak buat kejutan ni. Bukan apa, KakRaja suka tengok reaksi kegembiraan di muka anak-anak bila dapat kejutan tu. Sangat priceless.

Surprise

Macam mana kebiasaan membuat kejutan ni boleh bermula? Pada asalnya masa anak-anak KakRaja masih kecil, diorang ni pantang dapat tahu nak pergi berjalan atau bercuti. Diorang punya bising, punya sibuk sampai kita ni tak boleh nak buat apa. Asyik menjawab soalan diorang je 24 jam.

‘Betul ke kita nak pergi? Berapa hari lagi? Baju apa nak bawak? Siapa lagi pergi? Berapa hari kita kat sana? Best tak kat sana? Apa kita nak buat kat sana?’ Macam-macam lagilah soalan bertubi-tubi. MasyaAllah. boleh mereng KakRaja melayan. Itulah akhirnya KakRaja buat keputusan untuk buat kejutan saja. Aman sikit. Ibubapa yang selalu ada cabaran ni, boleh lah cuba cara kejutan ni.

Ikut mak Outstation ke JB

Masa KakRaja sibuk bekerja bergaji bulanan dulu, masa cuti sekolah selalunya KakRaja akan bawa anak-anak dan pembantu ikut KakRaja outstation. KakRaja bekerja, diorang dapat lah juga bercuti luar KL. Bila KakRaja ada masa untuk cuti, kadang-kadang kejutannya adalah bersama-sama bercuti di kampung dengan Atuk.

Pernah pada tahun 2017 KakRaja dan suami bagitau anak-anak, ‘kita nak bercuti ke Langkawi’. Itupun dah seronok sangat diorang, walaupun buat kali ketiga dah ni. Janji dapat keluar dari KL, janji dapat naik kapal terbang, dan yang penting janji dapat tidur di hotel. Bonus point bila hotel tu ada swimming pool yang besar dan cantik. Senang je nak bagi diorang gembira. Laju je diorang kemas beg.

Masih ingat nak ke Langkawi

Dah sampai di airport masa beratur nak check-in diorang masih tak tau lagi destinasi sebenar. KakRaja dah nampak muka anak lelaki KakRaja macam musykil sambil memandang ke skrin check-in tu. Lepas dapat boarding pass, KakRaja bagi diorang pegang paspot dan boarding pass masing-masing.

  • Trimaran Sunset Sailing

Anak KakRaja pun tanya, ‘mak, Male ni kat mana? Kat Langkawi ke?’ KakRaja suruh dia semak google. Terdiam dan terpegun dia beberapa saat tengok gambar-gambar cantik Maldives. Kemudian terus kecoh, masing-masing dengan soalan. KakRaja gembira tengok anak-anak KakRaja gembira. Inilah yang KakRaja impikan.

Salah satu matlamat KakRaja bila meninggalkan kerja bergaji bulanan dulu adalah MASA bersama anak-anak. Dan KakRaja impikan kami sekeluarga pergi bercuti setiap tahun ke destinasi berlainan yang tak pernah kami sampai sebelum ni. Tak kisahlah dalam atau luar negara. Yang penting, kami bercuti bersama-sama.

Setakat ni KakRaja berjaya rancang dan laksanakan untuk kami bercuti setiap tahun secara berselang-seli. Macam mana selang-seli tu?

1 tahun kami ke destinasi dalam negara. 1 tahun lagi ke destinasi luar negara pula. Barulah adil bukan? Dan berselang-seli juga, 1 tahun bersama atuk nenek. 1 tahun lagi kami sahaja.

‘Me-Time’

KakRaja jugak akan selang-selikan percutian peribadi. Tahun yang KakRaja sekeluarga bercuti ke luar negara, percutian peribadi KakRaja akan pergi ke destinasi yang dekat-dekat, yang kurang perbelanjaan, contohnya dalam negara atau negara Asia Tenggara saja.

Kelebihan Berselang-seli

1. Mengajar anak supaya tak bermegah-megah setiap tahun bercuti ke luar negara.

Teluk Batik, Perak

2. Mengajar anak menghargai negara sendiri, pada masa yang sama luas pengetahuan tentang negara orang.

3. Ada tempoh bertenang untuk bajet. Kebiasaannya bercuti di luar negara perlukan kos yang lebih tinggi dari dalam negara. Jadi tahun yang kita bercuti di dalam negara tu boleh lah kita jimat sikit dan menyimpan untuk bercuti luar negara tahun depannya.

  • Penang
  • Disneyland, HK
  • Macau
  • Gold Coast, Australia
  • Hotel

4. Merapatkan hubungan atuk nenek dan cucu. Memang bila kita balik kampung, cucu dah luangkan masa dengan atuk nenek. Istimewanya bercuti bersama atuk nenek ni ialah kita keluar dari rutin di rumah dan beri peluang untuk atuk nenek betul-betul bergembira dengan cucu-cucu, tanpa perlu kelam kabut menyediakan makan minum cucu setiap hari.

Kenalan-kenalan bole cuba cara berselang-seli ni. Insyaallah bole pergi bercuti dengan keluarga selalu. Nanti dalam artikel akan datang KakRaja kongsi macam mana KakRaja merancang percutian setahun sebelum pergi ok?

Macam tu lah.


Artikel menarik untuk anda:

Menunaikan Impian Stail KakRaja

Menunaikan Impian Stail KakRaja

Assalaamu ‘alaikum semua. Salam sejahtera.Jadi, ceritanya,Sudah sekian lama anak-anak perempuan KakRaja ni sangat…... Baca selanjutnya »

Rezeki Jumpa Kawan Baru

Rezeki Jumpa Kawan Baru

Assalaamu ‘alaikum semua. Salam sejahtera.Jadi, ceritanya,... Baca selanjutnya »

Filed Under: Keluarga, Travel, Umum Tagged With: atuknenek, bercuti, holiday, keluarga, surprise

Previous Post: « Keranamu Bos Ck
Next Post: Kenapalah Aku Lambat »

Reader Interactions

Trackbacks

  1. Menunaikan Impian Stail KakRaja | Kak Raja says:
    30 April 2019 at 9:25 am

    […] satu cara KakRaja rancang destinasi percutian keluarga ialah dengan memilih destinasi yang bersesuaian dengan peringkat umur anak. Kerana pada KakRaja, […]

    Reply
  2. Konvoi Jetski 7 Buah Pulau | Kak Raja says:
    3 May 2019 at 11:55 pm

    […] Apa pun bermula dari jetski 4 jam di Langkawi tu, KakRaja memang confident je bawak jetski. Seronok dapat bawak anak KakRaja ronda naik jetski semasa kami bercuti pulak di Maldives. […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Primary Sidebar

Kaedah Berangka

  • Jangan Sampai Jadi Lebai Malang 18 June 2019
  • Kita Ni Buat Apa Pun Kena Tekun 17 June 2019
  • 4 Perasaan Takut Tuan Rumah Terbuka 16 June 2019
  • Apa Gunanya Ada Anak 9 June 2019
  • Kembang Tekak Bila Pengendali Makanan Kotor 24 May 2019

Archives

  • June 2019 (4)
  • May 2019 (15)
  • April 2019 (30)
  • March 2019 (26)

Copyright © 2021 Kak Raja on the Foodie Pro Theme