• Skip to primary navigation
  • Skip to content
  • Skip to primary sidebar

Kak Raja

  • Home
  • Saya? KakRaja?
  • INTEREST
    • Keluarga
    • Travel
    • Kesihatan
    • Makanan
    • Muzik
    • Friends
    • Kerjaya
    • Kewangan
  • KOLEKSI CELOTEH
  • SOCMED
    • FACEBOOK
    • INSTAGRAM
You are here: Home / Keluarga / Melayan Emosi Anak Perempuan

Melayan Emosi Anak Perempuan

20 March 2019 by yusniza 2 Comments

Assalaamu ‘alaikum semua. Salam sejahtera.

Jadi, ceritanya,

Dua orang anak perempuan KakRaja dah meningkat remaja. Sebagai mak, memang lah memerlukan tahap kesabaran yang lebih tinggi dari KBAT. Almaklumlah bila dah remaja ni pe-el nya macam-macam.

Masa awal-awal mereka mula menunjukkan pe-el keremajaan dulu, KakRaja macam nak pecah kepala memikirkan macam mana KakRaja nak ‘speak the same language’ dengan anak dara 2 orang ni. Sebabnya bila sampai mood diorang, sepatah haram tak nak bercakap dengan kita.

Akhirnya KakRaja jumpa jalan penyelesaian cara nak berkomunikasi dengan efektif dengan anak-anak KakRaja.

Minat Perkara Sama

Anak-anak perempuan KakRaja sukakan muzik. Mereka gemar mendengar lagu, menyanyi dan menari. KakRaja dapati bila KakRaja join diorang bersembang tentang muzik, diorang jadi ringan mulut nak bersembang. Tambahan pulak kalau topik tu tentang lagu atau kumpulan yang diorang minat.

Pada awalnya KakRaja memang tak tahu menahu tentang lagu atau kumpulan yang diorang minat tu. Suatu hari bila KakRaja tengok si kakak menyanyi bersungguh-sungguh, sambil diikuti oleh si adik yang baru berumur 5 tahun, yang dah boleh hafal lirik lagu dari mula sampai habis. Jadi KakRaja pun tanya, “kumpulan apa ni?”.

Wow. Seperti membuka pandora’s box. Anak sulung KakRaja ni punya berceloteh, pot pet pot pet bercerita tentang kumpulan muzik kegemaran diorang ni. Masa tu yang tengah popular ialah kumpulan One Direction dari UK.

Mujurlah KakRaja pun memang minat muzik, jadi KakRaja pun terjebaklah sama mendengar lagu-lagu dari kumpulan kesukaan diorang ni, termasuklah dengan adik yang baru umur 5 tahun tu pun tak nak kalah dengan kakak.

Dari situ lah KakRaja discover rahsia nak berkomunikasi dengan anak remaja dengan jayanya. Kita kena tunjuk minat yang sama macam perkara yang dia minat tu. KakRaja akan tanya atau bersembang tentang topik yang diorang minat dulu, iaitu lagu atau apa-apa informasi tentang One Direction.

Kadang-kadang kalau KakRaja terdengar atau terbaca apa-apa berita tentang One Direction KakRaja akan kongsi dengan anak-anak perempuan KakRaja ni, sebagai pembuka bicara. Lebih senang macam tu rupanya. Masa tu sampai KakRaja pun sama naik hafal semua lagu One Direction.

Dan salah satu holiday KakRaja ke London, KakRaja masukkan dalam jadual untuk singgah ke Madam Tussauds London semata-mata nak memenuhi permintaan anak KakRaja bergambar dengan patung lilin One Direction. Siap borong macam-macam cenderahati One Direction dari London untuk diorang. Beli jiwa diorang sikit sebab kena tinggal. Keh keh.

Mak Yang Versatile

Lain pulak ceritanya dengan anak lelaki. Ye lah lelaki dengan perempuan, mana nak sama kan? Tapi pe-el nya tetap ada. Anak lelaki KakRaja pulak mulanya sangat berminat dengan bola sepak.

Segala nama kelab bola sepak dalam dan luar negara, siap dengan nama pemain semua dia hafal. KakRaja perlu tanya sikit je, “pasukan mana main minggu ni?”, habis dia akan bercerita dari A sampai Z. KakRaja yang tak faham langsung pasal bola ni kenalah tadah telinga mendengar.

Sekarang dia dah semakin membesar, dari bola sepak dah berpindah ke ragbi pulak. Ah sudah. Habis segala lagu dan tarian haka KakRaja kena ambil pot. Kalau tak nanti macam ayam dengan itik pulak bercakap.

Peluang Untuk Menasihati

Lepas KakRaja dah rancak melayan anak-anak bersembang topik-topik yang diorang minat, KakRaja akan gunakan peluang yang terbuka tu untuk masuk topik-topik yang lebih serius. Contohnya tentang sekolah, pembelajaran diorang, kawan-kawan diorang, dan lain-lain lagilah.

Atau KakRaja juga akan gunakan suasana positif tu untuk menasihati anak-anak KakRaja. Diorang tengah gembira dapat berkongsi minat diorang dengan kita, jadi kita nasihat apa pun Insyaallah diorang akan lebih menerima terus masuk ke jiwa.

Kita sebagai ibu bapa pun kurang stress, kurang sikit rejection dan tentangan dari anak-anak remaja ni.

Macam tu lah.

Artikel menarik untuk anda:

Siapa Tak Sayang Anak Oi

Siapa Tak Sayang Anak Oi

Assalaamu ‘alaikum semua. Salam sejahtera.Jadi, ceritanya,Anak KakRaja jatuh tangga baru-baru ni. Sebatang giginya patah…... Baca selanjutnya »

Setiap Anak Itu Berbeza

Setiap Anak Itu Berbeza

Assalaamu ‘alaikum semua. Salam sejahtera.Jadi, ceritanya,Anak ketiga KakRaja, perempuan, lain betul halnya dari abang…... Baca selanjutnya »

Industri Kpop Yang Unik

Industri Kpop Yang Unik

Assalaamu ‘alaikum semua. Salam sejahtera.Jadi, ceritanya,Semenjak beberapa tahun ke belakang ni, anak-anak perempuan…... Baca selanjutnya »

Filed Under: Keluarga, Umum Tagged With: anaklelaki, anakperempuan, emosi, lagu, menari, menyanyi, minat, muzik, nasihat, onedirection, ragbi

Previous Post: « Kalau Boleh Elak, Kenapa Nak Tanggung
Next Post: Goyang, Sebut Betul-Betul »

Reader Interactions

Trackbacks

  1. Industri Kpop Yang Unik | Kak Raja says:
    23 March 2019 at 9:33 am

    […] KakRaja akan ambil peduli dan jadikan topik perbualan dan perbincangan dengan anak KakRaja. Sambil Melayan Emosi Anak Perempuan KakRaja, sambil-sambil selitkan bergelen-gelen […]

    Reply
  2. Mendaki Great Wall of China | Kak Raja says:
    6 May 2019 at 10:18 pm

    […] tak mengantuk. Seperti biasa, KakRaja akan mulakan dengan cerita-cerita artis Kpop dulu, bagi dia semangat. Dari situ topik persembangan kami berkisar ke macam-macam topik lain, termasuklah filem Avengers […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Primary Sidebar

Kaedah Berangka

  • Jangan Sampai Jadi Lebai Malang 18 June 2019
  • Kita Ni Buat Apa Pun Kena Tekun 17 June 2019
  • 4 Perasaan Takut Tuan Rumah Terbuka 16 June 2019
  • Apa Gunanya Ada Anak 9 June 2019
  • Kembang Tekak Bila Pengendali Makanan Kotor 24 May 2019

Archives

  • June 2019 (4)
  • May 2019 (15)
  • April 2019 (30)
  • March 2019 (26)

Copyright © 2021 Kak Raja on the Foodie Pro Theme