• Skip to primary navigation
  • Skip to content
  • Skip to primary sidebar

Kak Raja

  • Home
  • Saya? KakRaja?
  • INTEREST
    • Keluarga
    • Travel
    • Kesihatan
    • Makanan
    • Muzik
    • Friends
    • Kerjaya
    • Kewangan
  • KOLEKSI CELOTEH
  • SOCMED
    • FACEBOOK
    • INSTAGRAM
You are here: Home / Friends / Melegakan Kepala Yang Serabut

Melegakan Kepala Yang Serabut

27 April 2019 by yusniza Leave a Comment

Assalaamu ‘alaikum semua. Salam sejahtera.

Jadi, ceritanya,

Siang tadi KakRaja beraktiviti Me-Time lagi sekali. Nampaknya serabut teruk kepala KakRaja dua tiga minggu kebelakangan ni. Hampir selang sehari nak kena buat acara Me-Time.

Alhamdulillah hari ni ada kawan-kawan dari company lama temankan KakRaja lunch. Yang kelakarnya KakRaja rasa diorang dah terlupa yang KakRaja ni tak makan sayur. Diorang set untuk lunch di restoran vegetarian, Simple Life di Pavillion. Blank sekejap kepala KakRaja bila tau nak makan kat situ.

Mujur jugak di ofis pagi tadi ada kawan-kawan lain buat potluck. Dan KakRaja dah makan segala jenis makanan potluck tu sampai kenyang. Memang rezekilah hari ni.

Pertama kali KakRaja makan di Simple Life ni. Ye lah. Dah KakRaja tak makan sayur kan, kenapa la pulak nak pegi makan di restoran vegetarian ni kan? Majoriti pelanggan di sini KakRaja tengok adalah berbangsa Cina dan ada segelintir bangsa lain, juga bangsa asing.

Kawan-kawan KakRaja dah siap order air dah masa KakRaja sampai. Jadi KakRaja hanya order makanan. Lepas khatam menu vegetarian tu dari depan sampai belakang dua kali, akhirnya KakRaja pilih rojak buah saja. Nasib baik perut memang dah kenyang dari ofis tadi.

Bila air yang dipesan sampai, KakRaja kurang pasti apa yang ada dalam air tu. Macam-macam jenis tumbuhan ada nampaknya. Dan, aduhai comelnya cawan-cawan dia. Sebesar cawan espresso saja layaknya. Tetiba KakRaja rasa tangan KakRaja macam tangan Thanos.

Untuk seorang yang Karnivor, (almost barbaric – makan orang punya orang), macam KakRaja ni, boleh tahan sedap jugak rupanya menu vegetarian ni. KakRaja hirup sikit kuah asam laksa kawan KakRaja tu. Memang sedap.

Menu yang ala set bento tu pun nampak menyelerakan. Walaupun KakRaja belum tergamak nak mencuba. Yang pastinya, minum air dalam cawan hobbit tu memang tak cukup.

Sometimes Food Is More Than Food

Tapi itu semua tak penting sangat. Apa yang lebih bermakna ialah KakRaja hepi dapat jumpa kawan-kawan lama. Sembang-sembang, bergurau dan keep up-to-date dengan kehidupan masing-masing.

Macam tu lah.

Artikel menarik untuk anda:

Pancung Kepala Terus

Pancung Kepala Terus

Assalaamu ‘alaikum semua. Salam sejahtera.Jadi, ceritanya,Kekadang kita ni geram sangat sampai tak tau nak…... Baca selanjutnya »

Rumah Terbuka Yang Sepi

Rumah Terbuka Yang Sepi

Assalaamu ‘alaikum semua. Salam sejahtera.Jadi, ceritanya,KakRaja memang otai bab pergi rumah terbuka ni. Makan…... Baca selanjutnya »

Filed Under: Friends, Kesihatan, Makanan, Umum Tagged With: asamlaksa, bangsa, bento, bergurau, cina, company, hobbit, karnivor, kenyang, kepala, lunch, makan, metime, minum, ofis, pavillion, pelanggan, potluck, rezeki, rojak, set, simplelife, thanos, tumbuhan, vegetarian

Previous Post: « Hilang Dua Minggu Belum Tentu Dijumpai
Next Post: Ditahan Oleh Kastam Kerana Pil »

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Primary Sidebar

Kaedah Berangka

  • Jangan Sampai Jadi Lebai Malang 18 June 2019
  • Kita Ni Buat Apa Pun Kena Tekun 17 June 2019
  • 4 Perasaan Takut Tuan Rumah Terbuka 16 June 2019
  • Apa Gunanya Ada Anak 9 June 2019
  • Kembang Tekak Bila Pengendali Makanan Kotor 24 May 2019

Archives

  • June 2019 (4)
  • May 2019 (15)
  • April 2019 (30)
  • March 2019 (26)

Copyright © 2021 Kak Raja on the Foodie Pro Theme