• Skip to primary navigation
  • Skip to content
  • Skip to primary sidebar

Kak Raja

  • Home
  • Saya? KakRaja?
  • INTEREST
    • Keluarga
    • Travel
    • Kesihatan
    • Makanan
    • Muzik
    • Friends
    • Kerjaya
    • Kewangan
  • KOLEKSI CELOTEH
  • SOCMED
    • FACEBOOK
    • INSTAGRAM
You are here: Home / Friends / Mendaki Great Wall of China

Mendaki Great Wall of China

5 May 2019 by yusniza Leave a Comment

Assalaamu ‘alaikum semua. Salam sejahtera.

Jadi, ceritanya,

Sambil KakRaja drive balik KL tengah-tengah malam tadi, anak sulung KakRaja lah teman bersembang supaya tak mengantuk. Seperti biasa, KakRaja akan mulakan dengan cerita-cerita artis Kpop dulu, bagi dia semangat. Dari situ topik persembangan kami berkisar ke macam-macam topik lain, termasuklah filem Avengers terbaru ni.

Lepas tu masuk pulak ke filem Great Wall lakonan Matt Damon. KakRaja pun berkongsi pengalam KakRaja mendaki Great Wall of China 9 tahun dulu, semasa company trip ke Beijing.

Kami pergi masa tu hujung bulan Januari, cuaca masih lagi sejuk. Mujur jugak. Sebab mendaki tangga Great Wall tu bukanlah suatu yang senang.

Great Wall tu dibuat dari batu-batu besar yang tak rata. Termasuklah anak-anak tangganya sekali. Ada anak tangganya yang rendah, dan ada yang terlebih tinggi pulak untuk melangkah. Dan ada bahagian yang sangat licin untuk dipijak oleh kerana dah haus selalu sangat dipijak orang. Jadi memang perlu berhati-hati.

Tour guide kami, Ben-10, bagitau ada 5 tower yang para pelancong perlu explore. Kebanyakan pelancong akan sampai ke tower ke-2. Beberapa kerat akan sampai ke tower ke-3. Hanya segelintir yang gigih akan cuba sampai ke tower ke-4. Dan yang paling mencabar sekali adalah untuk sampai ke tower ke-5.

Acara Pendakian

Semasa awal-awal mendaki kami semua excited dan sibuk mengambil gambar dengan gembiranya. Sampai tower ke-2 ramai kawan KakRaja berhenti situ saja dan menikmati pemandangan. Memang cantik pemandangannya. KakRaja tengok, “ah tak lah jauh dan tak tinggi sangat nak pergi ke tower 3 tu”.

Maka KakRaja pun teruskan mendaki tangga yang tak rata tu. Bila sampai ke tower 3 memang dah tak ramai orang, jadi seronok explore bahagian dalam tower yang macam bilik kecil tu. Tak perlu berebut-rebut. KakRaja tengok tower ke-4 tu pun nampak tak jauh dan tinggi. Cuaca pulak sejuk. Jadi tak terasa penatnya.

Maka KakRaja teruskan daki anak tangga pergi tower ke-4. Masa tu ada lah 2, 3 orang pelancong lain bersama KakRaja. Itu saja. Kawan-kawan KakRaja semua dah tak nampak batang hidung.

Wow. Pemandangan dari tower 4 ni lagi cantik. KakRaja ingat lagi, macam terpukau. Nak menangis pun ada. Pelancong lain tadi sudah mula perjalanan turun balik. KakRaja fikir nak turun balik atau nak teruskan ke tower 5. Nampak agak jauh dan tinggi juga nak pergi sana.

Tengok jam, masih ada masa lagi untuk turun ke bas. Sempat ni. Lagi pun hati kecil KakRaja yang curious ni seperti memanggil-manggil, “mesti pemandangan dari tower 5 tu sangat cantik tiada tolok bandingnya.”

Maka KakRaja pun mulakan pendakian anak tangga ke tower ke-5. Dah separuh perjalanan ke tower 5 tiba-tiba baru KakRaja sedar sesuatu. Suasana sangat hening, senyap sunyi, aman damai. Suatu bunyi pun tak kedengaran. Hanya angin segar saja yang bertiup. Rupanya memang KakRaja seorang saja di situ. Pelancong lain pun dah tak ada.

KakRaja fikir, nak teruskan ke tower 5 atau tidak? Tiba-tiba lalu lah 2 orang pelancong mat saleh yang dah patah balik nak turun. KakRaja lega. Mungkin ada orang lagi di tower 5 tu. Adalah geng. Maka KakRaja pun sambung mendaki sampai ke tower 5.

Hilang Jejak Masa

Bila sampai, rupanya langsung tak nampak orang lain. Pemandangan tak tahu nak cakaplah. Cantiknya. Nampak sayup sampai ke mana pun tak tahu. KakRaja hilang jejak masa di situ kerana terlampau kagum dengan keindahan alam bumi China.

Malangnya KakRaja tak dapat nak ambil gambar sebab kamera dah habis bateri. Hanya mampu sematkan dalam ingatan saja. Dalam keheningan tu KakRaja teringatkan rombongan kami yang entah dah berapa lama KakRaja tinggalkan tu.

KakRaja tengok anak-anak tangga jalan datang tadi. Terbeliak biji mata bila tengok betapa tingginya KakRaja dan berapa jauhnya dari tanah rata di bawah. Tinggi sungguh KakRaja mendaki.

Panik

Terus KakRaja jadi panik. Sempat ke KakRaja nak turun ni balik ni? Tengok handphone pun dah habis bateri. Mungkin sebab cuaca sejuk, bateri cepat habis. KakRaja toleh sekeliling kalau-kalau ada jalan pintas untuk turun.

KakRaja jalan ke depan sikit lagi, dengan harapan tower seterusnya ada jalan turun. Lepas tu baru KakRaja nampak betapa panjangnya Great Wall of China ni. Berlingkar-lingkar sampai ke gunung balik sana. Mana mungkin ada jalan turun yang lain, melainkan sampai ke negara lain.

KakRaja betul-betul panik. Dan tak ada orang lain di situ melainkan KakRaja dan alam semesta saja. Tiada pilihan lagi, KakRaja perlu turun patah balik ikut anak-anak tangga yang sama. Yang licin, yang tak rata, yang tinggi, yang rendah.

Semasa turun, dah lah dalam keadaan panik sampai nak menangis. Panik sebab tinggal sorang-sorang je di atas tu. Panik sebab mesti semua orang marah kena tunggu KakRaja lama.

Dan barulah sedar betapa letihnya lutut dan kaki KakRaja setelah mendaki tangga setinggi itu. Sambil lutut menggigil-gigil KakRaja turun perlahan-lahan, sambil mulut komat-kamit marah diri sendiri, pada masa yang sama bagi semangat jugak untuk diri sendiri.

Suatu ketika KakRaja rasa dah tak boleh nak teruskan turun tangga tu. Menggeletar teruk lutut KakRaja. Tapi KakRaja fikir, kalau KakRaja tak turun sendiri, macam mana pasukan penyelamat nak daki pulak bawak KakRaja turun dengan anak tangga macam tu? Bahaya untuk semua orang. Lagipun macam mana KakRaja nak bagitau orang? Phone dah habis bateri.

Empress Dowager

Sudahnya KakRaja gigihkan jugak turun tangga tu perlahan-lahan. Ada beberapa bahagian, KakRaja seling-seli turun tangga dengan cara mengundur dan cara biasa. Ada lega sikit gigilan lutut KakRaja dengan cara tu.

Akhirnya KakRaja sampai juga ke tanah rata dan kembali ke bas. Tour guide nampak sangat resah di luar bas. KakRaja hanya mampu tersengih sambil tahan menangis. Tak mampu nak beri penjelasan.

Naik saja bas, semua kawan-kawan dalam bas tepuk tangan, perli lah tu sebab KakRaja lambat selama sejam. Presiden Avon, En Mansor, yang ada bersama kami, tanya KakRaja daki sampai tower ke berapa. KakRaja jadi malu nak bagitau sampai yang ke-5.

Semua orang sangat terkejut termasuklah tour guide kami. Sebab memang jarang-jarang pelancong yang bejaya sampai ke tower 5. Lepas dari itu, En Mansor bagi gelaran Empress Dowager pada KakRaja. Aduhai KakRaja rasa sangat bersalah sebab buat kawan-kawan tunggu sampai sejam.

Dalam perjalanan ke tempat makan tengahari tu, sambil memandang ke luar tingkap ke arah Great Wall of China tu, KakRaja terfikir, macam mana agaknya zaman dulu pengawal yang bertugas di tower-tower tu kalau tiba-tiba nak pergi tandas ke, nak makan ke.

Hmm. Entahlah. Yang pasti, esoknya kaki KakRaja rasa macam nak tercabut akibat pengalaman semalam. Tapi sangat berbaloi dan tak ternilai.

Macam tu lah.

Artikel menarik untuk anda:

Apakah Nilai Airmata mu?

Apakah Nilai Airmata mu?

Assalaamu ‘alaikum semua. Salam sejahtera.Jadi, ceritanya,Orang selalu kaitkan perempuan dengan airmata. Kalau perempuan je…... Baca selanjutnya »

Keranamu Bos Ck

Keranamu Bos Ck

Assalaamu ‘alaikum semua. Salam sejahtera.Jadi, ceritanya,... Baca selanjutnya »

Setiap Anak Itu Berbeza

Setiap Anak Itu Berbeza

Assalaamu ‘alaikum semua. Salam sejahtera.Jadi, ceritanya,Anak ketiga KakRaja, perempuan, lain betul halnya dari abang…... Baca selanjutnya »

Pergi Bercuti, Bandar Tutup

Pergi Bercuti, Bandar Tutup

Assalaamu ‘alaikum semua. Salam sejahtera.Jadi, ceritanya,... Baca selanjutnya »

Ditahan Oleh Kastam Kerana Pil

Ditahan Oleh Kastam Kerana Pil

Assalaamu ‘alaikum semua. Salam sejahtera.Jadi, ceritanya,... Baca selanjutnya »

Filed Under: Friends, Kesihatan, Travel, Umum Tagged With: angin, avengers, Avon, bas, bateri, batu, beijing, bilik, bumi, cantik, china, company, cuaca, curious, drive, empressdowager, excited, explore, filem, gambar, geng, gigih, greatwallofchina, handphone, hati, hidung, januari, kagum, kawan, kpop, lutut, makan, malam, malu, marah, masa, matsaleh, menangis, mendaki, negara, panik, pelancong, pemandangan, penat, penyelamat, presiden, rendah, sunyi, tandas, tangga, topik, tourguide, tower, tunggu, turun

Previous Post: « Konvoi Jetski 7 Buah Pulau
Next Post: Ayat Magik Untuk JuruJual »

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Primary Sidebar

Kaedah Berangka

  • Jangan Sampai Jadi Lebai Malang 18 June 2019
  • Kita Ni Buat Apa Pun Kena Tekun 17 June 2019
  • 4 Perasaan Takut Tuan Rumah Terbuka 16 June 2019
  • Apa Gunanya Ada Anak 9 June 2019
  • Kembang Tekak Bila Pengendali Makanan Kotor 24 May 2019

Archives

  • June 2019 (4)
  • May 2019 (15)
  • April 2019 (30)
  • March 2019 (26)

Copyright © 2021 Kak Raja on the Foodie Pro Theme