• Skip to primary navigation
  • Skip to content
  • Skip to primary sidebar

Kak Raja

  • Home
  • Saya? KakRaja?
  • INTEREST
    • Keluarga
    • Travel
    • Kesihatan
    • Makanan
    • Muzik
    • Friends
    • Kerjaya
    • Kewangan
  • KOLEKSI CELOTEH
  • SOCMED
    • FACEBOOK
    • INSTAGRAM
You are here: Home / Keluarga / Menjejak Langkah Artis Kpop

Menjejak Langkah Artis Kpop

30 March 2019 by yusniza 1 Comment

Assalaamu ‘alaikum semua. Salam sejahtera.

Jadi, ceritanya,

KakRaja dah bertenang baru boleh nak menulis ni. Seolahnya berlarian semalam. Dari pagi kami mulakan misi paling penting dalam percutian kali ni, iaitu pergi melihat sendiri agensi-agensi Kpop yang ternama.

Terdapat 3 agensi Kpop yang paling terkenal di Korea yang telah membawa nama Korea dan Kpop ke seluruh dunia. SM, YG dan JYP dikenali sebagai ‘The Big Three’ oleh peminat-peminat Kpop. Inilah misi kami semalam.

YG Entertainment

YG Entertainment

Dari Hongdae Street kami naik teksi ke bangunan YG Entertainment, yang menempatkan kumpulan dan artis Kpop yang sangat terkenal, Big Bang, Winner, Ikon, 2Ne1, BlackPink, G-Dragon, Taeyang, dan semestinya feveret KakRaja, Song Min-Ho.

Walaupun agak dekat, boleh berjalan kaki dalam 1.5 km saja, tapi masa kami terhad. Naik teksi lebih cepat. KakRaja tak sempat nak dapatkan T-Money jadi bayar tunai saja. Meter teksi bermula dengan caj 3,000 won.

Oleh kerana kebanyakan pemandu teksi di Korea tak berapa boleh nak berbahasa Inggeris, KakRaja cari siap-siap lokasi YG di Google Map, dan tunjukkan pada dia. Lebih senang dan tepat. Semua lokasi yang kami nak pergi semalam pun KakRaja buat cara yang sama.

Carian SM New Headquarters

Pemandu-pemandu teksi di Seoul ni nampak macam kebanyakannya sudah berumur. Tapi mereka semua sangat up-to-date dan mahir menggunakan teknologi seperti Google Map dan sebagainya.

SM Entertainment

Lepas makan tengahari kami naik teksi pula menuju ke area Gangnam, mencari SM Entertainment pula. Punyalah besar company SM ni, ada SM Communication Center, SM old building, SM new Headquarters dan SM Town. Semuanya di lokasi yang berlainan. Macam nak pengsan kami menjejaki semua bangunan ni.

Laluan shortcut

Ada yang kami naik teksi. Ada yang kami tengok dalam Google Map nampak macam dekat, kami jalan kaki. Penatnya tak payah nak cakap la. Bukan kaki saja rasa nak tercabut. Pinggang pun rasa nak patah. Namun begitu, melihat keriangan di wajah anak-anak, KakRaja rasa berbaloi sangat-sangat.

Besar sungguh Gangnam ni. Bangunan-bangunan moden mencakar langit. Orang-orang di Gangnam ni pun boleh rasa aura diorang lain macam. Memang benarlah lagu Psy, Oppa Gangnam Style tu. Bangunan lama SM pula terletak di jalan yang sama, malah bersebelahan dengan bangunan jenama fesyen Chanel dan Salvatore Ferragamo. Wow sangat.

Mencari Headquarters SM yang baru pula kami naik teksi lagi sekali. Meter teksi di Gangnam ni pula bermula dengan 3,800 won. Wah, ada beza rupanya dengan harga rakyat marhain di seberang sana Han River tu.

Oppa Gangnam Style

Seterusnya kami ke SM Town yang terletak bersebelahan dengan Coex Mall. Di hadapan Coex Mall tu ada seni bina berwarna tembaga, berbentuk tangan seperti geraktari lagu Oppa Gangnam Style. Wah, memang terserlah high class nya kawasan Gangnam ni.

Sampai di SM Town, kami lihat ramai orang berkumpul seperti menunggu sesuatu. Jadi kami pun join sama buat busbody. Dalam 10 minit, mula terasa masing-masing punya excitement, dan sebuah kereta mpv berwarna dan bercermin hitam pun sampai. Masing-masing dah bersedia untuk merakam dengan kamera canggih ala paparazi dan smartphone.

Happy Birthday, Irene Red Velvet

Maka keluarlah seorang artis wanita sambil melambai-lambai kepada peminat-peminat yang menjeritkan namanya. Oh rupanya nasib kami sangat bertuah dapat melihat Irene, ahli kumpulan Red Velvet. Beliau ada majlis khas bersama peminat di SM Town, sempena harijadinya semalam.

Sukanya anak sulung KakRaja yang juga menyambut harijadi semalam, sama hari dengan Irene, dan dapat melihat Irene sendiri pulak tu.

Harijadi di SM Town

SM Town ni pula menempatkan segala memorabilia dan cenderahati artis-artis di bawah naungan SM seperti EXO, NCT, Super Junior, Girls Generation dan Red Velvet. Mak ni pun ikutkan saja the girls yang turun naik bangunan 5 tingkat SM Town ni.

Alhamdulillah misi tercapai walaupun dah separuh pengsan. Sampai semula di hotel nak kena packing pulak. Matilanak.

Keluarga Besar Bercuti Bersama :
Hari 00 – Menunaikan Impian Stail KakRaja
Hari 01 – Bas Persiaran Depan Pintu Rumah
Hari 01 – Rezeki Jumpa Kawan Baru
Hari 02 – Hari Riang Gembira
Hari 03 – Winter Sonata
Hari 04 – Hampir Kecemasan Tapi Tak Jadi Cemas
Hari 06 – Kembali Ke Dunia Fantasi

Macam tu lah.

Artikel menarik untuk anda:

Temporary Suspend Nombor Celcom

Temporary Suspend Nombor Celcom

Assalaamu ‘alaikum semua. Salam sejahtera.Jadi, ceritanya,... Baca selanjutnya »

Industri Kpop Yang Unik

Industri Kpop Yang Unik

Assalaamu ‘alaikum semua. Salam sejahtera.Jadi, ceritanya,Semenjak beberapa tahun ke belakang ni, anak-anak perempuan…... Baca selanjutnya »

Senang Belajar Bahasa Korea

Senang Belajar Bahasa Korea

Assalaamu ‘alaikum semua. Salam sejahtera.Jadi, ceritanya,Dalam pada KakRaja dan the girls menjalankan ... Baca selanjutnya »

Menunaikan Impian Stail KakRaja

Menunaikan Impian Stail KakRaja

Assalaamu ‘alaikum semua. Salam sejahtera.Jadi, ceritanya,Sudah sekian lama anak-anak perempuan KakRaja ni sangat…... Baca selanjutnya »

Kembali Ke Dunia Fantasi

Kembali Ke Dunia Fantasi

Assalaamu ‘alaikum semua. Salam sejahtera.Jadi, ceritanya,... Baca selanjutnya »

Filed Under: Keluarga, Muzik, Travel, Umum Tagged With: bigbang, exo, gangnam, googlemap, hongdae, ikon, irene, kpop, mino, muzik, nct, oppagangnamstyle, redvelvet, sm, smtown, teksi, winner, yg

Previous Post: « Hampir Kecemasan Tapi Tak Jadi Cemas
Next Post: Kembali Ke Dunia Fantasi »

Reader Interactions

Trackbacks

  1. Puas Hati Guna Celcom | Kak Raja says:
    18 April 2019 at 11:40 am

    […] lepas KakRaja menyampaikan hajat the girls, dan KakRaja sendiri huhu, untuk melawat tempat-tempat artis Kpop ni. Oleh kerana penat sangat banyak berjalan kaki, kami semua tertidur dalam teksi semasa dalam […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Primary Sidebar

Kaedah Berangka

  • Jangan Sampai Jadi Lebai Malang 18 June 2019
  • Kita Ni Buat Apa Pun Kena Tekun 17 June 2019
  • 4 Perasaan Takut Tuan Rumah Terbuka 16 June 2019
  • Apa Gunanya Ada Anak 9 June 2019
  • Kembang Tekak Bila Pengendali Makanan Kotor 24 May 2019

Archives

  • June 2019 (4)
  • May 2019 (15)
  • April 2019 (30)
  • March 2019 (26)

Copyright © 2021 Kak Raja on the Foodie Pro Theme