• Skip to primary navigation
  • Skip to content
  • Skip to primary sidebar

Kak Raja

  • Home
  • Saya? KakRaja?
  • INTEREST
    • Keluarga
    • Travel
    • Kesihatan
    • Makanan
    • Muzik
    • Friends
    • Kerjaya
    • Kewangan
  • KOLEKSI CELOTEH
  • SOCMED
    • FACEBOOK
    • INSTAGRAM
You are here: Home / Keluarga / Menunaikan Impian Stail KakRaja

Menunaikan Impian Stail KakRaja

24 March 2019 by yusniza 3 Comments

Assalaamu ‘alaikum semua. Salam sejahtera.

Jadi, ceritanya,

Sudah sekian lama anak-anak perempuan KakRaja ni sangat meminati Kpop. Walaupun diorang tak pernah meminta, daripada gaya cakap tu KakRaja tahu diorang impikan nak melawat sendiri negara Kpop ni, dan tempat-tempat artis terkenal Kpop kesayangan mereka.

Impian anak lelaki KakRaja pula nak pergi ke negara 4 musim. Teringin nak merasa suasana sejuk macam dalam aircond yang natural katanya. Almaklum dulu pergi ke US dan Australia dia masih kecil lagi. Dah tak ingat.

Lagi satu cara KakRaja rancang destinasi percutian keluarga ialah dengan memilih destinasi yang bersesuaian dengan peringkat umur anak. Kerana pada KakRaja, ruginya bawak anak ke destinasi yang diorang tak bole nak appreciate atau enjoy pada peringkat umur diorang.

Contohnya kalau KakRaja bawak diorang ikut roadtrip Campervan kami ke New Zealand tahun lepas, pastinya diorang akan rasa bosan tengok pemandangan yang sama tak sudah-sudah dari hari pertama sampai hari terakhir. Sudahnya nanti KakRaja pulak yang naik angin.

Setelah berbincang dengan suami, kami setuju nak bawak anak-anak ke Seoul, Korea cuti sekolah ni. Kali ni KakRaja tak dapat gunakan taktik surprise macam selalu. Sebab banyak persediaan pakaian yang nak kena buat. Pakaian sejuk anak-anak yang lama semua dah tak muat.

Kalau selalunya KakRaja lah yang jadi ‘travel agent’ untuk keluarga. KakRaja yang selalunya rancang segala perjalanan, kos dan tempahan secara terperinci. Tapi disebabkan kali ni kami buat keputusan last minute, kami gunakan saja khidmat Travel Agent SelamatBercuti.com, yang KakRaja jumpa di paparan facebook.

Bila kami beritahu keluarga mentua KakRaja, mak dan bapa mentua, serta keluarga adik ipar KakRaja pun nak turut serta sekali percutian kali ni. Mujurlah senang berurusan dengan SBC (SelamatBercuti.com) ni. KakRaja hanya buat booking melalui whatsapp saja. Staf mereka bersedia melayan segala keperluan kami 10 orang sebaiknya.

Seminggu sebelum bertolak, mereka wujudkan whatsapp group supaya mudah untuk staf SBC berkomunikasi dengan semua ahli. Semua informasi dan persiapan perjalanan dikongsi dalam whatsapp group kami.

Anak-anak KakRaja pun tak sabar nak berjalan dalam sejuk nampaknya. KakRaja mintak tolong buat kerja rumah pun senang saja diorang menolong, tak banyak kerenah. Sebenarnya mak ni pun sama naik ni, tak sabar nak tunggu esok.

Keluarga Besar Bercuti Bersama :
Hari 01 – Bas Persiaran Depan Pintu Rumah
Hari 01 – Rezeki Jumpa Kawan Baru
Hari 02 – Hari Riang Gembira
Hari 03 – Winter Sonata
Hari 04 – Hampir Kecemasan Tapi Tak Jadi Cemas
Hari 05 – Menjejak Langkah Artis Kpop
Hari 06 – Kembali Ke Dunia Fantasi

Macam tu lah.

Artikel menarik untuk anda:

Home Remedy Stail KakRaja

Home Remedy Stail KakRaja

Assalaamu ‘alaikum semua. Salam sejahtera.Jadi, ceritanya,... Baca selanjutnya »

Pergi Bercuti, Bandar Tutup

Pergi Bercuti, Bandar Tutup

Assalaamu ‘alaikum semua. Salam sejahtera.Jadi, ceritanya,... Baca selanjutnya »

KakRaja Dah Ke Belum. Awak Dah Ke Belum?

KakRaja Dah Ke Belum. Awak Dah Ke Belum?

Assalaamu ‘alaikum semua. Salam sejahtera.Jadi, ceritanya,Selepas anak lelaki KakRaja dah ke Belum tahun lepas,…... Baca selanjutnya »

Kembali Ke Dunia Fantasi

Kembali Ke Dunia Fantasi

Assalaamu ‘alaikum semua. Salam sejahtera.Jadi, ceritanya,... Baca selanjutnya »

Rezeki Jumpa Kawan Baru

Rezeki Jumpa Kawan Baru

Assalaamu ‘alaikum semua. Salam sejahtera.Jadi, ceritanya,... Baca selanjutnya »

Filed Under: Keluarga, Travel, Umum Tagged With: anak, keluarga, korea, kpop, sejuk, seoul, travel, travelagent

Previous Post: « Industri Kpop Yang Unik
Next Post: Bas Persiaran Depan Pintu Rumah »

Reader Interactions

Trackbacks

  1. Bas Persiaran Depan Pintu Rumah | Kak Raja says:
    31 March 2019 at 9:00 pm

    […] Besar Bercuti Bersama :Hari 00 – Menunaikan Impian Stail KakRajaHari 01 – Rezeki Jumpa Kawan BaruHari 02 – Hari Riang GembiraHari 03 – Winter […]

    Reply
  2. Rezeki Jumpa Kawan Baru | Kak Raja says:
    31 March 2019 at 9:01 pm

    […] Besar Bercuti Bersama :Hari 00 – Menunaikan Impian Stail KakRajaHari 01 – Bas Persiaran Depan Pintu RumahHari 02 – Hari Riang GembiraHari 03 – […]

    Reply
  3. Menjejak Langkah Artis Kpop | Kak Raja says:
    20 April 2019 at 6:41 pm

    […] dah bertenang baru boleh nak menulis ni. Seolahnya berlarian semalam. Dari pagi kami mulakan misi paling penting dalam percutian kali ni, iaitu pergi melihat sendiri agensi-agensi Kpop yang […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Primary Sidebar

Kaedah Berangka

  • Jangan Sampai Jadi Lebai Malang 18 June 2019
  • Kita Ni Buat Apa Pun Kena Tekun 17 June 2019
  • 4 Perasaan Takut Tuan Rumah Terbuka 16 June 2019
  • Apa Gunanya Ada Anak 9 June 2019
  • Kembang Tekak Bila Pengendali Makanan Kotor 24 May 2019

Archives

  • June 2019 (4)
  • May 2019 (15)
  • April 2019 (30)
  • March 2019 (26)

Copyright © 2021 Kak Raja on the Foodie Pro Theme