• Skip to primary navigation
  • Skip to content
  • Skip to primary sidebar

Kak Raja

  • Home
  • Saya? KakRaja?
  • INTEREST
    • Keluarga
    • Travel
    • Kesihatan
    • Makanan
    • Muzik
    • Friends
    • Kerjaya
    • Kewangan
  • KOLEKSI CELOTEH
  • SOCMED
    • FACEBOOK
    • INSTAGRAM
You are here: Home / Umum / Merpati Dua Sejoli

Merpati Dua Sejoli

5 March 2019 by yusniza 1 Comment

Assalaamu ‘alaikum semua. Salam sejahtera.

Jadi, ceritanya,

Sibuk sangat KakRaja ni sejak mula tahun 2019. Masuk ofis pagi, malam baru baru balik. Masuk ofis pagi, malam baru balik. Nak capai sasaran dua kali ganda dalam separuh dari masa sebelum ni, KakRaja memang kena usaha lebih. Memang tak nampak matahari lah bak kata orang-orangworkaholic.

Malam tadi lepas keluar dari ofis seperti biasa KakRaja singgah dulu restoran feveret staf ofis kami. Lapik perut dulu, nanti tak bole tidur pulak perut kosong. Sedang KakRaja menikmati roti bakar cicah teh ais, sambil tengok-tengok mesej yang menimbun tak sempat baca, KakRaja terperasan satu pasangan sedang makan kat meja hujung.

Gembira je KakRaja tengok pasangan ni. Dulunya pasangan Haikal dan Ika (bukan nama sebenar) ni masa mula KakRaja jumpa, diorang sedang diambang pergelutan rumahtangga. Mengalir juga air mata Ika bila menceritakan kisah diorang suami isteri.

Haikal dan Ika dulu dua-dua bekerja bergaji bulanan. Jadual kerja pun bos yang tetapkan. Ika selalu mendapat arahan tugasan outstation, meninggalkan Haikal dan 2 orang anak yang masih kecil di rumah. Haikal akan jadi sangat sibuk menguruskan kerjanya, anak-anak, rumah lagi.

Hampir setahun berlalu dengan Ika yang kena outstation setiap 2 minggu, Haikal menjadi semakin stress. Haikal yang dulunya penyayang dan lembut budi bicara, dah jadi seorang yang cepat marah. Diorang selalu saja bergaduh dan selalu juga di depan anak-anak. Hal-hal kecil pun diorang akan bergaduh besar.

Sehinggakan anak sulung diorang yang berumur 3 tahun setengah, yang dah tak pakai lampin, terpaksa pakai lampin semula, kerana anak kecil ni tiba-tiba dah tak pandai nak beritahu bila nak ke toilet. Doktor kata dari segi psikologinya anak ni stress dengan ibubapa yang selalu bergaduh.

Haikal dan Ika terpaksa berbincang untuk cari jalan penyelesaian. Diorang terpaksa akur dengan keadaan rumahtangga yang goyah dan tumbesaran anak-anak yang terganggu. Diorang masih sayangkan satu sama lain, dan bersetuju untuk ubah kerjaya dan kehidupan diorang.

Dah 7 bulan Haikal dan Ika ambil langkah yang drastik ni. Alhamdulillah diorang nampak sangat gembira. Asik bergurau-senda. Ke sana ke mari asik berkepit saja berdua. Di mana ada Haikal, di situlah ada Ika. Harmoni sangat. Sering jugak diorang bawak 2 orang anak kecil tu datang ke ofis sambil diorang menyiapkan kerja.

KakRaja memang hepi tengok orang hepi. Yang tak hepinya bila malam tu KakRaja tidur pukul 2.30am mengerjakan laptop dan hanfon yang tetiba buat hal. Yang lapik perut pukul 9pm tadi tu pun dah habis hadam. Dah siap lapar balik. Maka KakRaja pun tidurlah dalam kelaparan.

Macam tu lah.

Artikel menarik untuk anda:

Tiada artikel berkaitan.

Filed Under: Umum Tagged With: anak, bergaduh, dinner, kerja, rumahtangga, suamiisteri

Previous Post: « Air Dicincang Takkan Putus
Next Post: Siapa Tak Sayang Anak Oi »

Reader Interactions

Comments

  1. Dayang

    5 March 2019 at 9:42 pm

    semoga bahagia, apa rahsiamya, ?

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Primary Sidebar

Kaedah Berangka

  • Jangan Sampai Jadi Lebai Malang 18 June 2019
  • Kita Ni Buat Apa Pun Kena Tekun 17 June 2019
  • 4 Perasaan Takut Tuan Rumah Terbuka 16 June 2019
  • Apa Gunanya Ada Anak 9 June 2019
  • Kembang Tekak Bila Pengendali Makanan Kotor 24 May 2019

Archives

  • June 2019 (4)
  • May 2019 (15)
  • April 2019 (30)
  • March 2019 (26)

Copyright © 2021 Kak Raja on the Foodie Pro Theme