• Skip to primary navigation
  • Skip to content
  • Skip to primary sidebar

Kak Raja

  • Home
  • Saya? KakRaja?
  • INTEREST
    • Keluarga
    • Travel
    • Kesihatan
    • Makanan
    • Muzik
    • Friends
    • Kerjaya
    • Kewangan
  • KOLEKSI CELOTEH
  • SOCMED
    • FACEBOOK
    • INSTAGRAM
You are here: Home / Keluarga / Minyak Red Pine Needle Korea Bersihkan Pembuluh Darah

Minyak Red Pine Needle Korea Bersihkan Pembuluh Darah

6 April 2019 by yusniza 2 Comments

Assalaamu ‘alaikum semua. Salam sejahtera.

Jadi, ceritanya,

KakRaja berpeluang melawat ke pusat Korean Red Pine Needle, di mana KakRaja dipersembahkan dengan kelebihan minyak Red Pine Needle ni secara live. Minyak Red Pine Needle ni dah digunakan dan diamalkan oleh masyarakat Korea berkurun lamanya untuk merawat dan mencegah penyakit.

Kenalan boleh google untuk mengetahui khasiat-khasiat lain Korean Red Pine Needle Oil ni. Namun apa yang dipersembahkan pada KakRaja adalah bagaimana minyak ini berfungsi untuk membersihkan pembuluh darah dalam badan kita.

Seperti yang kita tahu pembuluh darah ni boleh kotor dan tersumbat akibat pemakanan kita yang tak dijaga. Minyak-minyak lain dan lemak-lemak boleh melekat di salur darah, menyebabkan salur darah jadi sempit. Lama-lama setelah bertahun-tahun lemak-lemak tu akan jadi seumpama plak yang tak boleh ditanggalkan.

Macam saluran paip di rumah kita lah. Lama-lama segala pasir, lumpur, karat akan bertakung dan tinggal dalam paip, membuatkan air yang keluar di kepala paip tu, dah lah tak bersih, kecil pulak.

Berbalik kepada salur darah yang dah tak lancar sebab tersumbat tadi. Bukankah itu punca segala penyakit? Penyakit jantung terutamanya yang paling ditakuti. Antara sakit atau petanda yang biasanya kita tak ambil peduli ialah, sakit belakang tengkuk, kebas-kebas tangan, sakit kepala (migrain).

Semasa KakRaja di pusat Red Pine Needle ni, staf di sana jalankan satu test pada jari manis tangan kiri KakRaja, kerana jari ini salur darahnya paling pendek untuk sampai ke jantung.

Jari KakRaja discan dan nampak urat-urat jari yang berselirat dan bersimpul-simpul macam cacing kerawit, tanda sangat tidak sihat disebabkan banyak menggunakan handphone setiap hari. Staf tu tanya, ada kebas-kebas tak tangan kiri? Ye, memang KakRaja selalu alami kebas-kebas tangan sebelah kiri terutamanya.

Lalu staf tu menunjukkan demo macam mana minyak Red Pine Needle Korea ni membersihkan pembuluh darah dan aliran darah pun menjadi lancar. Wow memang terpegun dengan kemujaraban minyak ni.

Ini bukanlah macam demo jual ubat yang selalu kita lihat tu ye kenalan semua. Kita pun sedia maklum kan betapa advancednya teknologi perubatan Korea ni. Jadi memang sangat meyakinkan.

Gambar Hiasan

Dan lagi, penjualan minyak Red Pine Needle Korea ni sangat dikawal oleh kerajaan Korea, demi menjamin kualitinya. Malah sepanjang kami di pusat Red Pine ni, kami tak dibenarkan langsung ambil gambar atau rakaman video. Jadi kalau nak beli perlulah ke negara Korea kerana ianya tidak dieksport. Penghasilan produk ni juga dilindungi oleh Samsung Insurance.

Kalau industri Kpop mereka ada Big 3 companies, industri perusahaan Korea juga ada Big Three nya iaitu Samsung, LG dan Hyundai. Jadi, apa-apa produk yang berkaitan dengan Big 3 ini bolehlah gunakan tanpa was-was.

Kata staf tu lagi produk ni sangat efektif jadi tak perlu ambil sampai seumur hidup. Memadai untuk 3 bulan saja. Nanti 3 tahun kemudian baru mungkin perlu ambil lagi untuk sesi pembersihan pembuluh darah. Jadi KakRaja pun belilah untuk diri sendiri, suami dan mak mertua.

Selama seminggu KakRaja dah mengambil pil minyak Red Pine Needle Korea ni, kebas-kebas tangan kiri yang selalu KakRaja alami, langsung tak ada lagi. Sakit urat tengkuk yang buat KakRaja susah nak menoleh kiri dan kanan pun ada kurang rasanya.

Iyalah, mestilah mabil masa untuk hilang terus kan? Baru saja seminggu ni makannya. Yang penting KakRaja rasa tak rugi langsung walaupun mahalnya ya ampun. Tambah pulak KakRaja ni home remedy punya stail, sebolehnya tak nak makan ubat yang ada chemical. Demi kesihatan KakRaja rela. Kalau boleh elak, kenapa nak tanggung, kan?

Oh, logo pada kotak ni adalah lambang Yin dan Yang ye, bukan logo Pepsi tau. Menunjukkan produk ini memberi balance dalam kehidupan kita.

Macam tu lah.

Artikel menarik untuk anda:

Senang Belajar Bahasa Korea

Senang Belajar Bahasa Korea

Assalaamu ‘alaikum semua. Salam sejahtera.Jadi, ceritanya,Dalam pada KakRaja dan the girls menjalankan ... Baca selanjutnya »

Kembali Ke Dunia Fantasi

Kembali Ke Dunia Fantasi

Assalaamu ‘alaikum semua. Salam sejahtera.Jadi, ceritanya,... Baca selanjutnya »

Makan Ginseng Untuk Kuat

Makan Ginseng Untuk Kuat

Assalaamu ‘alaikum semua. Salam sejahtera.Jadi, ceritanya,... Baca selanjutnya »

Redefine Your Life

Redefine Your Life

Assalaamu ‘alaikum semua. Salam sejahtera.Jadi, ceritanya,Setelah melalui beberapa fasa kehidupan, Insyaallah KakRaja boleh lah…... Baca selanjutnya »

Travel Remedy

Travel Remedy

Assalaamu ‘alaikum semua. Salam sejahtera.Jadi, ceritanya,Lebih 10 tahun dulu bila KakRaja mula berjinak-jinak dengan…... Baca selanjutnya »

Filed Under: Keluarga, Kesihatan, Travel, Umum Tagged With: bigthree, chemical, darah, handphone, homeremedy, insurance, jantung, khasiat, korea, kotor, lemak, merawat, migrain, minyak, mujarab, pepsi, redpineneedle, samsung, tangan, tanggung, teknologi, tengkuk, tersumbat, yinandyang

Previous Post: « Pergi Bercuti, Bandar Tutup
Next Post: Pentingnya Me-Time »

Reader Interactions

Trackbacks

  1. Kembali Ke Dunia Fantasi | Kak Raja says:
    16 April 2019 at 1:28 pm

    […] Red Pine Korea […]

    Reply
  2. Ditahan Oleh Kastam Kerana Pil | Kak Raja says:
    28 April 2019 at 9:07 am

    […] dah bukak, barulah KakRaja boleh connect the dots. Pegawai kastam maksudkan berbijik-bijik tu, Pil Red Pine Needle Oil dan Pil Ginseng yang KakRaja borong tu rupanya. Yang hanya boleh dibeli di Korea tu. Fuh. Lega hati […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Primary Sidebar

Kaedah Berangka

  • Jangan Sampai Jadi Lebai Malang 18 June 2019
  • Kita Ni Buat Apa Pun Kena Tekun 17 June 2019
  • 4 Perasaan Takut Tuan Rumah Terbuka 16 June 2019
  • Apa Gunanya Ada Anak 9 June 2019
  • Kembang Tekak Bila Pengendali Makanan Kotor 24 May 2019

Archives

  • June 2019 (4)
  • May 2019 (15)
  • April 2019 (30)
  • March 2019 (26)

Copyright © 2021 Kak Raja on the Foodie Pro Theme