• Skip to primary navigation
  • Skip to content
  • Skip to primary sidebar

Kak Raja

  • Home
  • Saya? KakRaja?
  • INTEREST
    • Keluarga
    • Travel
    • Kesihatan
    • Makanan
    • Muzik
    • Friends
    • Kerjaya
    • Kewangan
  • KOLEKSI CELOTEH
  • SOCMED
    • FACEBOOK
    • INSTAGRAM
You are here: Home / Keluarga / Pancung Kepala Terus

Pancung Kepala Terus

3 April 2019 by yusniza 1 Comment

Assalaamu ‘alaikum semua. Salam sejahtera.

Jadi, ceritanya,

Kekadang kita ni geram sangat sampai tak tau nak buat apa, kan? Kalau orang dulu-dulu senang. Dia bunuh je terus.

Hujung tahun lepas KakRaja dan keluarga melawat ke Sabah Negeri di Bawah Bayu. Kami luang masa sikit mendalami sejarah Monsopiad kaum Kadazan-Dusun di Monsopiad Cultural Village. KakRaja memang dah lama teringin nak tengok tengkorak yang real, yang bukan dalam museum punya.

Monsopiad ni ialah pahlawan yang menjaga keamanan kampung Kadazan-Dusun ni dulu, dengan cara membunuh dan memenggal kepala penjahat yang mengganggu. Kepala-kepala musuh itu beliau akan simpan dan pamerkan sebagai simbol kepahlawanan beliau.

Skulptur dan Senjata Monsopiad

Monsopiad ni sangat handal membanteras penjahat yang datang mengganggu kampungnya. Beliau membunuh dan memenggal kepala 41 orang musuh.

Dan koleksi beliau yang ke-42 adalah tulang peha, bukan kepala, kawan baiknya sendiri. Dikatakan kawan baiknya ni tinggal di kampung jiran. Namun kawannya cemburu dengan kehebatan Monsopiad ni, dan sampai ke pengetahuan Monsopiad bahawasanya kawan baiknya merancang untuk membunuh dia.

Jadi sebelum sempat kawan baiknya menyerang, Monsopiad ni telah membunuh kawan baiknya tu dulu. Sebagai menghormati keluarga kawan baiknya Monsopiad hanya ambil tulang pehanya saja, dan bukan kepala.

Simbol Kepahlawanan Monsopiad

Bersama kami masa tu ada sekumpulan pelancong dari negara China. Tapi hanya KakRaja dan keluarga saja yang dibawa melawat masuk ke rumah asal Monsopiad di mana semua 42 tengkorak dan tulang peha digantung di alang di tengah rumah. Mengikut katanya bukan semua pengunjung diberi peluang atau ‘boleh’ masuk ke rumah ni.

Rumah Asal Monsopiad

Rumah ini rumah kampung, dinamakan House of Skulls dan berkunci mangga dari luar. Masa nak masuk tu nak kata seram sampai tegak bulu roma tak jugak. Tapi ada semacam eerie feeling. Fuh memang ternganga tengok tengkorak-tengkorak yang real ni depan mata.

Staf yang mengiringi kami tunjukkan beberapa tempayan sebesar sepemeluk ada dalam rumah tu. Katanya zaman dulu mayat orang mati akan dimasukkan ke dalam tempayan tu dan akan dibawa naik Gunung Kinabalu.

Staf Berpakaian Tradisional Kadazan-Dusun

Selepas beberapa tahun dan mayat hanya tinggal tulang barulah tempayan berisi tulang tu dibawa turun semula ke kampung dan akan diletakkan di bawah rumah, sambil staf menunjukkan ruangan bawah rumah yang juga dimangga rapi dari luar.

Seram KakRaja mengenangkan bahawa baru sebentar tadi kami berjalan-jalan di ruangan atas rumah, tanpa mengetahui ada tempayan-tempayan berisi tulang mayat di bawah rumah.

Tempayan ‘Mayat’

Namun kata staf itu lagi, semenjak mereka memeluk Islam tiada lagi amalam-amalan seumpama itu. Malahan di kiri dan kanan rumah asal Monsopiad itu ada rumah batu yang didiami oleh keturunan ke-6 dan ke-7 Monsopiad ni yang beragama Islam. Dan mereka bersetuju untuk kerajaan Sabah berkongsi sejarah ni dengan orang ramai.

Macam tu lah.

Artikel menarik untuk anda:

The King Who Hates The King

The King Who Hates The King

Assalaamu ‘alaikum semua. Salam sejahtera.Jadi, ceritanya,... Baca selanjutnya »

Filed Under: Keluarga, Travel, Umum Tagged With: bunuh, cultural, dusun, gunungkinabalu, islam, kadazan, kepala, keturunan, mayat, monsopiad, pahlawan, pancung, sabah, sejarah, simbol, tempayan, tulang

Previous Post: « Boleh Ke Lari Dari Masalah?
Next Post: Pengalaman Lasik – Berani Atau Tidak? »

Reader Interactions

Comments

  1. Sarena

    3 April 2019 at 3:52 pm

    Fuhh, semangat saya mebaca kisah monsopiad ni. Pengalaman berbeza betul ni.
    Terima kasih sharing kak Raja. Baru tau jer ni

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Primary Sidebar

Kaedah Berangka

  • Jangan Sampai Jadi Lebai Malang 18 June 2019
  • Kita Ni Buat Apa Pun Kena Tekun 17 June 2019
  • 4 Perasaan Takut Tuan Rumah Terbuka 16 June 2019
  • Apa Gunanya Ada Anak 9 June 2019
  • Kembang Tekak Bila Pengendali Makanan Kotor 24 May 2019

Archives

  • June 2019 (4)
  • May 2019 (15)
  • April 2019 (30)
  • March 2019 (26)

Copyright © 2021 Kak Raja on the Foodie Pro Theme