• Skip to primary navigation
  • Skip to content
  • Skip to primary sidebar

Kak Raja

  • Home
  • Saya? KakRaja?
  • INTEREST
    • Keluarga
    • Travel
    • Kesihatan
    • Makanan
    • Muzik
    • Friends
    • Kerjaya
    • Kewangan
  • KOLEKSI CELOTEH
  • SOCMED
    • FACEBOOK
    • INSTAGRAM
You are here: Home / Kesihatan / Pengalaman Lasik – Berani Atau Tidak?

Pengalaman Lasik – Berani Atau Tidak?

4 April 2019 by yusniza 4 Comments

Assalaamu ‘alaikum semua. Salam sejahtera.

Jadi, ceritanya,

KakRaja ni dah mula memakai cermin mata sejak darjah 4 lagi kerana rabun jauh. Dan bila KakRaja berumur 18 tahun, mula berjinak-jinak dengan kanta lekap (contact lense). Kerana KakRaja rimas sebenarnya bila berkaca mata ni, terutama sekali bila bersukan atau berpeluh. Spec akan melurut ke bawah hidung.

Belum lagi bab buka spec letak satu tempat, lepas tu terlupa letak kat mana. Dah la rabun, pelupa pulak tu. Banyak kali anak-anak KakRaja dikerahkan misi mencari spec mak, sebab mak lupa letak kat mana dan mak tak nampak nak cari sendiri. Power rabun KakRaja maximum 450 untuk setiap mata, lengkap pekej sekali dengan silau (astigmatism) yang tinggi juga.

Pakai contact lense pun sama lecehnya sebab kena jaga betul-betul kebersihan tangan, kuku dan contact lense. Perlu sentiasa ingat untuk buka contact lense sebelum tidur. Pakai contact lense terlalu lama pula akan buat mata jadi sangat letih dan rasa mengantuk.

Bila KakRaja mula bekerja, KakRaja berhasrat sangat nak buat operasi lasik. Ramai kawan-kawan KakRaja yang dah buat dan feedback dari mereka sangat positif. Jadi KakRaja bertambah yakin.

Malangnya tanggungjawab kerja membuatkan KakRaja tak ada masa langsung untuk buat research, apatah lagi untuk melalui prosesnya. Sehinggalah 4 tahun lepas KakRaja meninggalkan kerja bergaji bulanan dan punya lebih masa.

Misi Lasik Bermula

KakRaja dapat nombor telefon Advance Vision Eye Specialist Centre, atas recommendation kawan KakRaja yang juga menjalani lasik di situ. KakRaja buat temujanji melalui telefon untuk datang periksa mata dulu dengan Dr. Yeoh.

Ada hari tertentu saja untuk temujanji periksa mata ni. KakRaja tak berapa ingat harinya. Dan KakRaja tak bole pakai contact lense selama 2 minggu nak menyampaikan ke hari periksa mata tu. Bertabah je lah.

Masa hari temujanji yang pertama, pembantu klinik akan periksa semula power rabun, dan juga akan periksa ketebalan kornea mata. Rupanya perlu ada ketebalan minimum untuk melakukan lasik ni.

Selepas itu barulah jumpa doktor sekejap, bincang dan tetapkan tarikh untuk melakukan lasik. Sudah pastinya perlu bayar deposit. Kalau tak salah KakRaja, beberapa hari sebelum operasi perlu datang semula untuk periksa mata lagi sekali.

Semua operasi lasik dijalankan pada hari Jumaat. KakRaja memilih untuk operasi lasik pada waktu petang. Operasinya tak lama. Dalam 15 minit dah selesai. Menunggu giliran tu yang agak lama sebab ramai orang. KakRaja pun terkejut. Sekejap sangat dah selesai, dah boleh balik.

Tapi KakRaja pulak ada appointment jumpa prospek pulak dulu di Putrajaya sebelum balik. Selesai urusan dengan prospek KakRaja cepat-cepat balik rumah sebab mata KakRaja dah mula kabur dan rasa sakit.

Patutlah operasi Lasik dilakukan pada hari Jumaat dan doktor nasihat untuk terus balik rumah dan tidur. Doktor siap bagi ubat tidur sebenarnya. KakRaja ingat KakRaja hebatlah konon. Tak makan ubat tidur tu. Mata jadi sangat sakit dan berair. Maklumlah dah kena laser. Mestilah sakit.

Dah sampai rumah baru KakRaja makan ubat yang doktor bagi dan terus tidur. Selepas 4 jam tidur nyenyak baru terjaga. Hari dah malam. Masa tu mata macam dah nampak sikit-sikit. Cuma macam ada selaput nipis kabur je lagi. Lepas makan malam, ambil ubat lagi sekali, dan pengsan tidur lagi.

Wonderful Colors of The World

I opened two gifts this morning.

They were my eyes.

Esok paginya KakRaja celik mata bangun, Allahuakbar besarnya nikmat Allah. Mata KakRaja dah tak sakit dan yang paling penting KakRaja dah boleh nampak jelas segalanya tanpa perlu pakai cermin mata atau contact lense lagi. Rupanya dengan lasik ni, astigmatism pun dirawat sekali.

Namun pagi Sabtu tu wajib ke klinik lagi untuk check-up. Lepas dari itu, KakRaja perlu berulang ke klinik setiap minggu selama sebulan. Selepas tu check-up setiap 2 minggu selama 3 bulan. Selepas tu check-up setiap bulan selama setahun. KakRaja memang ikut semua jadual check-up, sebab ye lah mata kan. Risau tau kalau jadi apa-apa.

Tapi selepas setahun, sebelah mata KakRaja naik sedikit powernya. Selepas berkonsultasi dengan doktor, KakRaja buat keputusan untuk lakukan lasik lagi sekali untuk sebelah mata yang naik sedikit powernya tu. Oleh kerana KakRaja dah tahu macam mana prosedur dan proses lasik, kali ni lepas selesai operasi KakRaja terus balik rumah dan berehat.

Yang sangat istimewanya, Advance Vision Eye Specialist Centre ni ada waranti seumur hidup untuk prosedur Lasik. Jadi kali ni KakRaja tak perlu bayar apa-apa dah. Alhamdulillah sampai sekarang KakRaja masih boleh melihat dengan jelas tanpa cermin mata atau contact lense. Hidup lebih bermakna rasanya.

Macam tu lah.

Artikel menarik untuk anda:

Tiada artikel berkaitan.

Filed Under: Kesihatan, Umum Tagged With: astigmatism, cerminmata, checkup, contactlense, kebersihan, klinik, kornea, lasik, mata, power, rabun, rabunjauh, specialist, ubattidur

Previous Post: « Pancung Kepala Terus
Next Post: Pergi Bercuti, Bandar Tutup »

Reader Interactions

Comments

  1. KakNis

    5 April 2019 at 7:18 pm

    yehaaaa moga saya diberi kekuatan nak bet lasik jugak🥰.. Tq kakraja share

    Reply
    • yusniza

      5 April 2019 at 7:52 pm

      ukenduit kaknis. cayokkk

      Reply
  2. Mrs. A

    8 April 2019 at 4:38 pm

    Teringin nak buat lasik tapi pitih belum terlebih huhuhu

    Reply
    • yusniza

      8 April 2019 at 10:44 pm

      Salam perkenalan Mrs A 🙂
      Insyaallah boleh. Memula saya pun ingat mahal giler. Tapi kat Advance Vision ni berpatutan sangat.

      Nanti dah buat boleh lah share experience dengan saya tau 😉

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Primary Sidebar

Kaedah Berangka

  • Jangan Sampai Jadi Lebai Malang 18 June 2019
  • Kita Ni Buat Apa Pun Kena Tekun 17 June 2019
  • 4 Perasaan Takut Tuan Rumah Terbuka 16 June 2019
  • Apa Gunanya Ada Anak 9 June 2019
  • Kembang Tekak Bila Pengendali Makanan Kotor 24 May 2019

Archives

  • June 2019 (4)
  • May 2019 (15)
  • April 2019 (30)
  • March 2019 (26)

Copyright © 2021 Kak Raja on the Foodie Pro Theme