Assalaamu ‘alaikum semua. Salam sejahtera.
Jadi, ceritanya,
Semalam team kerja kami anjurkan majlis berbuka puasa bersama-sama. Temanya potluck. Rata-rata semua orang tahu apa maksudnya majlis potluck begini.
Dulu KakRaja selalu stress bila ada majlis potluck ni. KakRaja memang tak tahu nak bawak apa sebab KakRaja memang tak pandai masak. Setakat masak sambal sardin tu boleh la. Lagipun masa selalu tak mengizinkan untuk KakRaja memasak.
Ada sekali KakRaja bawak sambal sardin. KakRaja juga pernah cuba bawak spaghetti bolognese. Sampai kena ambil cuti separuh hari untuk sediakan menu simple tu. Macam tu punya tak efficient KakRaja ni bila di dapur. Sedangkan orang lain boleh siapkan dalam masa tak sampai sejam.
Sure Win
Akhirnya KakRaja jumpa cara terbaik. Bilamana di majlis potluck, semua orang mengeluarkan dan berbangga dengan bakat memasak, dan membawa juadah trademark masing-masing yang paling sedap, yang paling kreatif, KakRaja akan jadi orang di belakang tabir.
KakRaja akan bawa pinggan, mangkuk, gelas, sudu dan garfu pakai buang untuk kegunaan semua. Tak lupa juga tisu dan plastik untuk tapau makanan dan juga plastik sampah.
Kalau KakRaja tak bawak peralatan pakai buang ni, semua orang nak makan dalam apa? Takkan nak makan dalam tapak tangan kan? Keh Keh. Bernas bukan. Senang pun senang.
Jadi malam tadi pun seperti biasa, KakRaja bawak pinggan, gelas pakai buang dan tisu juga. Selamat semuanya. Alhamdulillah.
Macam tu lah.
Leave a Reply