Assalaamu ‘alaikum semua. Salam sejahtera.
Jadi, ceritanya,
Lauk paling sedap sekali dalam dunia ni untuk tekak KakRaja la, ialah sambal ikan bilis hitam arwah Atuk. Cara nak buat dia senang saja sebenarnya. Main campak-campak je. Tapi kenapa ye? Arwah Mak KakRaja dulu banyak kali cuba buat demi memenuhi hasrat anak dia ni. Tapi tak pernah jadi.
Sambal ikan bilis hitam Atuk ni rupa parasnya lebih kurang macam sambal hitam Pahang yang popular tu. Bau, adalah sikit-sikit sama. Tapi cara membuatnya sangat tak sama. Sambal hitam Pahang tu dengarnya agak susah membuatnya, dengan belimbing semua siap.
Manakala sambal ikan bilis hitam Atuk ni senang saja membuatnya. Kerana KakRaja banyak kali tolong Atuk buat from scratch. Jadi KakRaja memang tahu sangat bahan-bahan dan cara membuatnya. Tapi, bila buat sendiri TAK PERNAH jadi sebijik macam Atuk buat. Arwah Mak KakRaja pun sama. Pelik betullah.
Sediakan Nasi Putih Panas
Bukannya susah pun nak buat. Bahan-bahannya ikan bilis, bawang merah yang banyak, cili kering yang banyak, dan belacan sebesar ibu jari. Kalau tak ada belacan pun ok jugak. Semua bahan ni ditumbuk sampai pecah-pecah halus. Tak perlu sampai lumat.
Lepas tu tumis semua sekali dan masukkan air asam jawa, sedikit garam dan gula. Tumis sampai kering dan warnanya akan jadi agak kehitaman. Dah. Siap. Senang saja kan?
Cubalah kalau berani. Kot-kot menjadi. Panggil KakRaja tau bila dah siap masak. Bagi KakRaja rasa. Puas dah mencari ni. Tak jumpa. Sedih. Rindu Atuk.
Macam tu lah.
Leave a Reply