• Skip to primary navigation
  • Skip to content
  • Skip to primary sidebar

Kak Raja

  • Home
  • Saya? KakRaja?
  • INTEREST
    • Keluarga
    • Travel
    • Kesihatan
    • Makanan
    • Muzik
    • Friends
    • Kerjaya
    • Kewangan
  • KOLEKSI CELOTEH
  • SOCMED
    • FACEBOOK
    • INSTAGRAM
You are here: Home / Umum / Rumah Terbuka Yang Sepi

Rumah Terbuka Yang Sepi

3 March 2019 by yusniza 1 Comment

Assalaamu ‘alaikum semua. Salam sejahtera.

Jadi, ceritanya,

KakRaja memang otai bab pergi rumah terbuka ni. Makan free kan, siapa yang tak nak. KakRaja pernah pergi rumah terbuka Syikin (nama rekaan) tahun lepas. KakRaja pun baru je kenal Syikin melalui seorang kawan lain.

Bila sampai rumah Syikin, mula-mula KakRaja ingatkan salah rumah sebab tak ada orang lain. Lepas Syikin menyahut salam, KakRaja ingatkan datang salah hari pulak, atau mungkin KakRaja datang terawal sangat atau terlewat sangat. Syikin kata betul dah ni.

Syikin ajak KakRaja duduk di khemah di luar rumah saja sambil makan dan bersembang. Selama sejam KakRaja di situ ada lah beberapa orang saja yang datang. Berbeza sangat dengan rumah-rumah terbuka lain yang KakRaja pernah pergi sebelum ni.

Lalu Syikin pun bercerita kenapa rumah terbukanya sepi. Katanya dia memang hanya jemput kawan-kawan dan sedara-mara yang duduk di kawasan lain. Syikin tak menjemput jiran-jiran sebab dah merajuk dengan mereka. Pernah dulu sekali saja jiran Syikin datang rumah terbuka dia. Lepas tu mereka tak pernah datang lagi.

Selepas beberapa kali rumah terbuka Syikin mereka tak datang, Syikin mula musykil. Sampai suatu hari di pasar Syikin terdengar 2 orang jirannya bersembang di sebalik kaunter ikan.

Jiran A mengadu kepada jiran B, bahawa rumah Syikin berbau busuk sangat sampaikan belum masuk rumah pun dah rasa nak termuntah. Apatah lagi nak makan minum. Jiran B pun berasa perkara yang sama. Syikin terkejut sangat mendengarnya.

Lama Syikin memikirkan perkara tu dan cuba mencari punca kenapa rumahnya berbau busuk. Akhirnya Syikin jumpa juga punca baunya dari 2 ekor kucing dan 4 ekor hamster yang Syikin bela di dalam rumah. Bau kucing telah sebati dengan perabot dan langsir rumah Syikin yang sentiasa bertutup dan ber-aircond itu.

Ditambah pula dengan bau masakan dari dapur yang tak dilepaskan ke luar dengan baik. Adik Syikin yang datang melawat pun mengiakan teori ni bila Syikin minta pendapat.

Syikin sekarang sedang berusaha untuk cari penyelesaian kepada masalah bau di rumahnya tu. Adalah improve sikit katanya. Namun dia masih berkecil-hati dengan jiran-jirannya yang tidak bercakap benar dengannya. KakRaja dengar je luahan Syikin sambil mengangguk-angguk, sambil mulut penuh nasi.

Macam tu lah.

Artikel menarik untuk anda:

Industri Kpop Yang Unik

Industri Kpop Yang Unik

Assalaamu ‘alaikum semua. Salam sejahtera.Jadi, ceritanya,Semenjak beberapa tahun ke belakang ni, anak-anak perempuan…... Baca selanjutnya »

Filed Under: Umum Tagged With: bau, binatang peliharaan, jiran, kucing, rumah terbuka

Next Post: Air Dicincang Takkan Putus »

Reader Interactions

Comments

  1. Dayang

    5 March 2019 at 9:50 pm

    tak syok dapat jiran
    macam tu😟
    Dayang recently posted…Dimana suarakuMy Profile

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Primary Sidebar

Kaedah Berangka

  • Jangan Sampai Jadi Lebai Malang 18 June 2019
  • Kita Ni Buat Apa Pun Kena Tekun 17 June 2019
  • 4 Perasaan Takut Tuan Rumah Terbuka 16 June 2019
  • Apa Gunanya Ada Anak 9 June 2019
  • Kembang Tekak Bila Pengendali Makanan Kotor 24 May 2019

Archives

  • June 2019 (4)
  • May 2019 (15)
  • April 2019 (30)
  • March 2019 (26)

Copyright © 2021 Kak Raja on the Foodie Pro Theme