• Skip to primary navigation
  • Skip to content
  • Skip to primary sidebar

Kak Raja

  • Home
  • Saya? KakRaja?
  • INTEREST
    • Keluarga
    • Travel
    • Kesihatan
    • Makanan
    • Muzik
    • Friends
    • Kerjaya
    • Kewangan
  • KOLEKSI CELOTEH
  • SOCMED
    • FACEBOOK
    • INSTAGRAM
You are here: Home / Keluarga / Setiap Anak Itu Berbeza

Setiap Anak Itu Berbeza

29 April 2019 by yusniza Leave a Comment

Assalaamu ‘alaikum semua. Salam sejahtera.

Jadi, ceritanya,

Anak ketiga KakRaja, perempuan, lain betul halnya dari abang dengan kakak dia. Bermula dari kelahirannya yang ada komplikasi sikit. Bonding antara KakRaja dengan yang ketiga ni pun lain dari yang 2 lagi tu.

Special Bond

Masa tu KakRaja masih bekerja bergaji bulanan. Semasa usianya 4 bulan, pertama kali KakRaja perlu tinggalkan baby untuk outstation selama 4 hari.

Pada malam pertama berpisah, KakRaja rasa rindu sangat pada baby. Sehinggakan KakRaja terjaga dari tidur pukul 5am dan menangis rindukan baby. Esok siangnya KakRaja telefon rumah bertanyakan keadaan anak-anak yang jarang-jarang KakRaja tinggalkan sebelum ni.

Suami KakRaja bagitau pukul 5am pagi tadi, exactly waktu yang sama dengan KakRaja terjaga dan menangis tu, baby terjaga dan terus menangis melalak-lalak selama hampir 30 minit. Jenuh juga suami KakRaja nak menenangkan dia. Akhirnya mungkin sudah kepenatan barulah baby berhenti menangis, minum susu dan tertidur.

Demam Rindu

Bermula dari situ KakRaja noticed, setiap kali KakRaja outstation atau berjauhan dari anak ketiga KakRaja lebih dari 2 malam, dia mesti akan demam. Dan hanya akan baik demam bila KakRaja pulang dan berkepit semula dengan dia.

Ditambah pula masa tu KakRaja memang tengah semangat workaholic yang tak tercapai diakal, KakRaja selalu pergi outstation. Jadi KakRaja akan limit kan tempoh outstation KakRaja tu paling lama pun 3 hari 2 malam saja.

Pertama kali pula KakRaja perlu meninggalkan baby untuk tempoh yang lebih lama dari 2 malam, arwah mak KakRaja nasihatkan KakRaja tinggalkan baju yang KakRaja pakai, untuk jadi selimut kepada baby. Wah. Memang mujarab rupanya petua ni.

Alhamdulillah. KakRaja tak perlu risau lagi bila sekali-sekala perlu pergi outstation yang lama. Namun KakRaja tetap cuba juga untuk menghadkan outstation kepada 2 malam saja sekiranya boleh.

Kecemasan

Pernah sekali masa KakRaja memang sibuk outstation sana-sini. pergi 3 hari, balik, esok nya pergi lagi. Keadaan tu berlarutan selama beberapa bulan. Sampai kemuncaknya masa KakRaja berada di Kota Kinabalu, dan diberitahu anak ketiga KakRaja tu demam. Seperti biasa KakRaja beri strict instructions pada pembantu rumah untuk jaram dan monitor demamnya.

Entah apa lah yang berlaku di rumah, seterusnya KakRaja dapat berita anak KakRaja yang berumur 3 tahun tu dikejarkan ke Pusrawi sebab demamnya panas sangat, sampai kukunya semua dah jadi biru.

Allahuakbar, KakRaja tak tahu nak buat apa masa tu. Hopeless dan helpless. Nak menangis pun tak guna. KakRaja nak tengok sendiri keadaan anak. Kalau KakRaja di Semenanjung dah pasti KakRaja sewa kereta balik ke KL. Mujurlah KakRaja dah memang di airport. Berdoa je supaya flight tak delay.

Sampai di KL KakRaja terus ke Pusrawi dan tinggal di Pusrawi selama 4 hari, tak balik rumah langsung, sampai anak KakRaja sihat. Dalam hospital tu pun KakRaja tetap jaram dia setiap jam, di samping ubat doktor. Mungkin sebab dah lama sangat demamnya tak dimonitor rapat-rapat, lambat sikit sembuhnya.

Memang habis lah semua orang mendapat “kata-kata pengantar” yang tajam dari KakRaja, buat ingatan di kemudian hari.

Ada sekali KakRaja pergi bercuti ke Geneva. Dari KLIA hari berlepas lagi KakRaja dah mula demam. Masa yang sama, anak KakRaja pun demam juga. Sepanjang di Geneva KakRaja demam teruk sampai terpaksa leburkan Swiss Pass KakRaja untuk travel seluruh Switzerland tu.

Anak KakRaja pulak mujurlah demamnya tak lama dan tak teruk, berbekalkan baju yang KakRaja tinggalkan dan KakRaja video call dengan dia setiap malam.

Sampai sekarang anak KakRaja tu dah berumur 12 tahun, masih lagi suka di’baby-baby‘kan. Dan tetap akan ingatkan KakRaja untuk tinggalkan baju untuk dia peluk-peluk dan jadikan selimut di malam hari. Kadang-kadang dia akan pakai terus baju KakRaja tu untuk tidur. Bila KakRaja dah balik, baru baju tu akan dibasuh.

Macam tu lah.

Artikel menarik untuk anda:

Home Remedy Stail KakRaja

Home Remedy Stail KakRaja

Assalaamu ‘alaikum semua. Salam sejahtera.Jadi, ceritanya,... Baca selanjutnya »

Apakah Nilai Airmata mu?

Apakah Nilai Airmata mu?

Assalaamu ‘alaikum semua. Salam sejahtera.Jadi, ceritanya,Orang selalu kaitkan perempuan dengan airmata. Kalau perempuan je…... Baca selanjutnya »

Kalau Boleh Elak, Kenapa Nak Tanggung

Kalau Boleh Elak, Kenapa Nak Tanggung

Assalaamu ‘alaikum semua. Salam sejahtera.Jadi, ceritanya,... Baca selanjutnya »

Da Nang Vietnam Jarang Dikunjungi

Da Nang Vietnam Jarang Dikunjungi

Assalaamu ‘alaikum semua. Salam sejahtera.Jadi, ceritanya,Selalu orang pergi Vietnam mesti motif utamanya untuk…... Baca selanjutnya »

Siapa Tak Sayang Anak Oi

Siapa Tak Sayang Anak Oi

Assalaamu ‘alaikum semua. Salam sejahtera.Jadi, ceritanya,Anak KakRaja jatuh tangga baru-baru ni. Sebatang giginya patah…... Baca selanjutnya »

Filed Under: Keluarga, Kesihatan, Sales, Travel, Umum Tagged With: baby, baju, berita, biru, demam, doa, doktor, flight, geneva, helpless, hopeless, hospital, ingatan, jaram, kereta, klia, kotakinabalu, limit, mak, malam, menangis, monitor, mujarab, panas, peluk, perempuan, petua, pusrawi, rindu, selimut, semenanjung, strict, suami, susu, swisspass, switzerland, tidur, travel, ubat, videocall, workaholic

Previous Post: « Ditahan Oleh Kastam Kerana Pil
Next Post: Apakah Nilai Airmata mu? »

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Primary Sidebar

Kaedah Berangka

  • Jangan Sampai Jadi Lebai Malang 18 June 2019
  • Kita Ni Buat Apa Pun Kena Tekun 17 June 2019
  • 4 Perasaan Takut Tuan Rumah Terbuka 16 June 2019
  • Apa Gunanya Ada Anak 9 June 2019
  • Kembang Tekak Bila Pengendali Makanan Kotor 24 May 2019

Archives

  • June 2019 (4)
  • May 2019 (15)
  • April 2019 (30)
  • March 2019 (26)

Copyright © 2021 Kak Raja on the Foodie Pro Theme