• Skip to primary navigation
  • Skip to content
  • Skip to primary sidebar

Kak Raja

  • Home
  • Saya? KakRaja?
  • INTEREST
    • Keluarga
    • Travel
    • Kesihatan
    • Makanan
    • Muzik
    • Friends
    • Kerjaya
    • Kewangan
  • KOLEKSI CELOTEH
  • SOCMED
    • FACEBOOK
    • INSTAGRAM
You are here: Home / Kewangan / Siapa Tak Sayang Anak Oi

Siapa Tak Sayang Anak Oi

6 March 2019 by yusniza 2 Comments

Assalaamu ‘alaikum semua. Salam sejahtera.

Jadi, ceritanya,

Anak KakRaja jatuh tangga baru-baru ni. Sebatang giginya patah memerlukan crowning. Dua batang lagi retak perlukan rawatan akar. Alhamdulillah gigi saja yang patah. Namun KakRaja tetap geram je dengar sebab dah besar pun masih tak berhati-hati lagi.

Gambar ihsan Google

Tak bole nak elak, hati KakRaja terus terdetik, “berapa ribu lah agaknya bil dentist ni nanti, aduhhh”. KakRaja sebenarnya boleh berbangga dengan kebolehan KakRaja menggunakan natural remedy atau home remedy untuk kebanyakan penyakit biasa, seperti demam, selesema, batuk, sakit kepala dan lain-lain.

Tapi kalo dah memerlukan dentist macam ni, KakRaja memang angkat tangan surrender. Maklumlah dentist tu kan pakar. Bukan semua orang boleh jadi doktor gigi. Mestilah mahal kan? KakRaja terpaksa redho.

Bil Perubatan

Dari masa KakRaja bekerja bergaji bulanan dulu selama 16 tahun, KakRaja belajar sikit-sikit home remedy dari abah dan arwah mak KakRaja. Pertama, sebab senang boleh terus buat di rumah. Kedua, sebab KakRaja nak jimatkan kos perubatan kami sekeluarga. Memanglah syarikat KakRaja dan suami tanggung bil perubatan kami, tapi ada lah pula hadnya.

Ada satu tahun tu entah kenapa ketiga-tiga anak KakRaja selalu kena demam dan serangan asma, kami terpaksa selalu ke klinik panel. Sampai suatu ketika, pegawai sumber manusia syarikat KakRaja bekerja tu, beritahu KakRaja dah lebih had penggunaan. Maka untuk baki beberapa bulan nak habiskan tahun tu KakRaja kena banyak praktikkan home remedy atau bayar sendiri bil klinik.

Gambar ihsan Google

Sampai masanya pulak, atas nasihat pakar kanak-kanak, 2 anak KakRaja terpaksa melalui pembedahan septum hidung (kalau tak salah namanya) kerana hidung mereka selalu berdarah dengan teruk semenjak bayi. Mandi darah tu KakRaja memang dah biasa sangat.

Pakar kanak-kanak kata hidung diorang sangat sensitif dengan habuk, kekotoran dalam udara dan haba. Ini juga punca 2 orang budak ni selalu diserang asma.

Bil hospital dan operasi hidung anak sulung KakRaja hampir RM 10 ribu. Nasiblah syarikat KakRaja tanggung semua. 3 tahun kemudian hidung anak kedua KakRaja pulak perlu dioperasi yang sama. Kali ni kami claim atas syarikat suami KakRaja pula.

Malangnya syarikat dah tukar polisi insuran pekerja. Mereka bayar separuh saja. Mujur juga syarikat KakRaja masih boleh tanggung lagi separuh. Kalau tidak mana kami nak cekau ribu-ribu tu.

Sekarang ni KakRaja kena pastikan rumah sentiasa bersih, udara dalam rumah sentiasa segar. Tak sanggup dah nak melalui zaman berkejaran ke klinik tu. Anak-anak KakRaja pun banyak bantu KakRaja sebab diorang pun tahu, nanti diorang jugak yang akan menanggung akibatnya. Samada akibat sakit atau akibat kena bebel.

Macam tu lah.

Artikel menarik untuk anda:

Home Remedy Stail KakRaja

Home Remedy Stail KakRaja

Assalaamu ‘alaikum semua. Salam sejahtera.Jadi, ceritanya,... Baca selanjutnya »

Filed Under: Kewangan, Umum Tagged With: anak, asma, bil, dentist, gigi, hidung, homeremedy, hospital, klinik, pakar, segar

Previous Post: « Merpati Dua Sejoli
Next Post: Keranamu Bos Ck »

Reader Interactions

Comments

  1. Abang kacak

    8 March 2019 at 9:15 pm

    Huhu rasa seram sejuk baca pengalaman kak raja

    Reply

Trackbacks

  1. Home Remedy Stail KakRaja | Kak Raja says:
    17 March 2019 at 9:17 am

    […] anak-anak KakRaja. Ingatan, untuk sakit-sakit biasa saja tau home remedy KakRaja ni. Kalau dah gigi patah memang tak dapeklah nak berhome remedy […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Primary Sidebar

Kaedah Berangka

  • Jangan Sampai Jadi Lebai Malang 18 June 2019
  • Kita Ni Buat Apa Pun Kena Tekun 17 June 2019
  • 4 Perasaan Takut Tuan Rumah Terbuka 16 June 2019
  • Apa Gunanya Ada Anak 9 June 2019
  • Kembang Tekak Bila Pengendali Makanan Kotor 24 May 2019

Archives

  • June 2019 (4)
  • May 2019 (15)
  • April 2019 (30)
  • March 2019 (26)

Copyright © 2021 Kak Raja on the Foodie Pro Theme