Assalaamu ‘alaikum semua. Salam sejahtera.
Jadi, ceritanya,
Bulan lepas KakRaja menyampaikan hajat the girls, dan KakRaja sendiri huhu, untuk melawat tempat-tempat artis Kpop ni. Oleh kerana penat sangat banyak berjalan kaki, kami semua tertidur dalam teksi semasa dalam perjalanan ke SM Town di Gangnam.
Apabila dah keluar dari tandas di SM Town, anak KakRaja baru sedar handphonenya tak ada. Barulah dia teringat kemungkinan besar handphonenya terlepas dari tangan dan terjatuh dalam teksi semasa kami tertidur tu.
Setelah pasti memang tak jumpa handphone, KakRaja pun telefon talian bantuan Celcom *123#. Nombor ni memang untuk pelanggan Celcom hubungi jika ada segala masalah semasa berada di luar negara. Bila telefon nombor 123 ni, akan keluar mesej, Celcom akan telefon kita semula, untuk menjimatkan bil kita.
Bila berlaku kejadian hilang telefon macam ni, eloklah kita cepat-cepat telefon customer service untuk buat Call Barring. Atau kita bole jugak pilih untuk buat Temporary Suspend nombor yang hilang tu. Ini supaya orang yang jumpa telefon tu nanti tak boleh guna nombor tu yang membuatkan bil telefon kita melambung sampai ke langit.
Jadi KakRaja memilih untuk Temporary Suspend nombor tu, instead of Call Barring. Temporary Suspend ni hanya dibenarkan untuk selama 60 hari saja. Selepas 60 hari, kalau masih tak diaktifkan semula, nombor akan dibatalkan dan kena beli nombor lain. Kalau nak aktifkan semula dalam tempoh 60 hari tu, pelanggan kena bayar RM10.
Nasib baik itu bukan telefon yang nombor kahwin legend KakRaja tu.
Anak bongsu KakRaja yang hilang telefon ni periang orangnya. Sekejap saja dia murung. Sejam kemudian dah gembira balik, sambil ronda-ronda Kpop, macam tak bersalah langsung gayanya.
Rupanya dalam anak KakRaja tengah menangani perasaan telefon hilang tu, suami KakRaja diam-diam beri satu quote pada dia :
Moving on does not mean forgetting.
Mindful Soul
It means you choose happiness over hurt.
Ish la. Betabah je KakRaja. Bapak dengan anak sama je.
Macam tu lah.
Leave a Reply