Assalaamu ‘alaikum semua. Salam sejahtera.
Jadi, ceritanya,
KakRaja mula terjebak meminati aktiviti masaj dari masa kerja bergaji bulanan dulu, terikut dengan minat bos KakRaja masa tu. Sekarang dah jadi salah satu cara KakRaja untuk release stress dan me-time.
Hampir semua tempat yang KakRaja pergi selalunya KakRaja akan luangkan masa untuk mencuba fasiliti spa dan masaj di sana. Saja nak mempelbagaikan pengalaman.
Namun bila di Kuala Lumpur ni, feveret KakRaja ialah Thai Odyssey. Tempat lain pun KakRaja ada cuba jugak tapi yang memang selalu KakRaja pergi ialah Thai Odyssey.
Banyak Cawangan
KakRaja suka Thai Odyssey ni salah satunya ialah cawangannya banyak. Hampir di semua shopping mall yang besar-besar ada Thai Odyssey. Jadi bila-bila masa KakRaja berada dalam kawasan berdekatan, KakRaja boleh saja walk-in atau tetapkan temujanji.
Layanan Penuh Sopan
Pekerja-pekerja Thai Odyssey, semuanya perempuan, sangat lemah lembut dari segi pergerakan dan percakapan. KakRaja belum pernah jumpa lagi yang bercakap kasar atau buat kerja sambil menghempas-hempas (orang kampung KakRaja kata ‘merampus’).
Pekerja di meja menyambut tetamu biasanya rakyat Malaysia. Yang KakRaja suka ialah tukang masajnya adalah rakyat Thailand sendiri. Bila kita masuk saja ke Thai Odyssey, kita akan digreet dengan penuh lembut dan sopan.
Selepas memilih jenis urutan dan buat bayaran, kita akan dibawa oleh tukang masaj rakyat Thai yang telah ditugaskan, untuk menukar kasut kepada selipar khas mereka. Kemudian kaki kita akan dibasuh dan discrub sebersihnya dahulu, sebelum masuk ke bilik urutan.
Bila masuk ke bilik urutan, selipar khas tadi ditinggalkan di luar bilik. KakRaja perasan, selipar tu akan disusun elok-elok depan pintu bilik untuk mengadap kita. Nanti bila keluar bilik senang terus sarung saja selipar tu. Tak perlu nak kuis-kuis dengan kaki dah kedudukannya. Sampai macam tu sekali telitinya layanan mereka.
Jenis-Jenis Urutan
Kalau tengok di website Thai Odyssey, memang ada macam-macam jenis. Ada milk bath, body scrub, aromatherapy, Thai massage, foot massage, half body dan sebagainya. Kita jugak boleh memilih untuk menggabungkan beberapa jenis urutan yang kita suka.
Kalau memilih Aromatherapy Massage dan Body Scrub kita boleh pilih bauan minyak dan scrub yang mana yang kita suka. Ini dibuat di meja menyambut tetamu tadi, selepas memilih jenis urutan.
Sejak dua tahun kebelakangan ni, KakRaja dah berubah lebih sukakan urutan jenis Thai Massage kerana tekanan urutannya di tempat-tempat yang lenguh dan sakit sangat tepat.
Namun sebelum ni, dan juga sekali-sekala KakRaja akan memilih juga Body Scrub dan digabungkan dengan Aromatherapy Massage. Selepas mendapat urutan ni, balik rumah terus tidur. Pasti nyenyak sampai ke pagi.
Apabila pulang dari travelling pula kalau kesuntukan masa, KakRaja akan memilih Foot Massage dan Half Body Massage. Jadilah untuk hilangkan sakit-sakit badan yang penat tu.
Satu lagi perkara yang KakRaja suka dengan urutan mereka ialah KakRaja boleh minta untuk jenis urutan soft, medium atau hard. Selalunya setiap kali pun KakRaja minta soft. Sebab KakRaja tak tahan urutan yang keras macam urutan bidan tu. Boleh demam dan lebam dibuatnya.
Harga Berpatutan
Pada KakRaja harga urutan Thai Odyssey ni berpatutan. Ye lah zaman sekarang ni, panggil tukang urut datang ke rumah pun boleh tahan harganya.
KakRaja memilih cara bayaran e-Cash. Ianya macam kita bayar dahulu RM1,000, dan setiap kali kita datang, caj urutan tu akan ditolak dari jumlah seribu tu. Yang bestnya, cara e-Cash ni :
- Boleh bayar guna Credit Card Maybank dan buat 0% instalment untuk 6 bulan. Jadi kita tak terasa sangat bayarannya.
- Semua jenis urutan yang dibayar guna e-Cash akan mendapat diskaun 10%.
- e-Cash ni boleh digunakan di semua cawangan Thai Odyssey di Malaysia.
Macam tu lah.
terbaikkk nk try la
jom kita pegi sesama 🙂