• Skip to primary navigation
  • Skip to content
  • Skip to primary sidebar

Kak Raja

  • Home
  • Saya? KakRaja?
  • INTEREST
    • Keluarga
    • Travel
    • Kesihatan
    • Makanan
    • Muzik
    • Friends
    • Kerjaya
    • Kewangan
  • KOLEKSI CELOTEH
  • SOCMED
    • FACEBOOK
    • INSTAGRAM
You are here: Home / Makanan / The King Who Hates The King

The King Who Hates The King

18 March 2019 by yusniza 4 Comments

Assalaamu ‘alaikum semua. Salam sejahtera.

Jadi, ceritanya,

Masa KakRaja kanak-kanak dulu, bila tiba musim durian, arwah Tuk Ayah memang sibuk. Kedai runcit pun bukak lambat sebab Tuk Ayah nak mengadap hasil durian dulu. Lepas subuh dan bagi ayam makan, Tuk Ayah akan bawak bakul keranjang yang besar ke kebun untuk kutip buah durian yang luruh.

Kadang-kadang sampai dua tiga kali ulang-alik baru selesai. Semua durian akan dilonggokkan depan kedai runcit. Tuk Ayah pun mula membersihkan buah durian dari tanah dan daun yang melekat dicelah-celah duri buah, menggunakan berus lidi. Berus lidi ni rupanya macam penyapu lidi tapi pendek dalam sejengkal saja.

Waktu ni lah selalunya KakRaja baru bangun dan terus mencangkung tengok Tuk Ayah, sambil terkebil-kebil mata masih melekat. Masa tu KakRaja baru berumur 6 atau 7 tahun. Dan selalunya Tuk Ayah akan bagi KakRaja lagi satu berus lidi untuk tolong dia daripada mencangkung situ tak buat apa-apa.

Lepas durian dah dibersihkan, Tuk Ayah akan hidu buah durian satu persatu. Belek-belek dan siap goncang-goncang lagi. Buah yang elok akan diasingkan dari yang tak berapa elok. Nanti dalam tengahari sikit peraih durian akan datang ambil semua durian yang elok.

Mak Dan Atuk

Durian yang tak berapa elok kami makan sendiri, atau Atuk akan jadikan tempoyak. Rumah Atuk masa tu ada banyak tempayan yang sepemeluk besarnya setiap satu dan akan penuh dengan tempoyak. Mak dengan Atuk akan memproses buah durian jadi tempoyak, sambil bersembang.

Arwah Mak KakRaja berdua beradik je. Kakak Mak KakRaja tinggal jauh sikit, dalam 10 minit jalan kaki dari rumah Atuk dengan keluarganya. Jadi bila kami balik kampung, kamilah yang akan meriuhkan rumah Atuk.

Mak memang rajin bersembang dengan Atuk. Sambil memproses durian jadi tempoyak, sambil memproses kekabu buat bantal, sambil memproses buah koko untuk dijual, sambil memproses buah gelugur jadi asam keping. Ada je topik pot pet Mak dengan Atuk.

Kadang-kadang sampai berhari-hari Mak dengan Atuk memproses tempoyak. Bila tempoyak dah terperam, ia akan terpeluap dan akan jadi bertambah banyak sampai melimpah keluar. Kena pulak dipindahkan yang lebih tu ke tempayan yang kosong.

Memang tak larat lah kami sendiri je makan tempoyak 4, 5 tempayan tu kan. Hamir setiap hari akan ada je orang datang rumah Atuk untuk beli tempoyak.

Memang lumayan hasil durian ni. Dalam seminggu Tuk Ayah dan Atuk boleh dapat dalam RM1,000. Masa tahun 80-an amount RM1,000 tu memang banyak. Tambah pulak kos hidup di kampung rendah saja.

Tengok saja

Jadi bila musim durian KakRaja membesar dengan bau durian sepanjang masa, dari pagi sampai malam, di dalam dan di luar rumah. Mungkin juga ini sebabnya kenapa KakRaja tak makan durian, bau durian pun tak suka. KakRaja boleh pening dengan bau durian.

KakRaja sorang je dalam keluarga yang macam ni dan selalu lah kena usik. Dengan kawan-kawan pun macam tu. Hairan kawan KakRaja tengok cucu tokeh durian yang tak suka durian. Jadi mohon jauhkan lah buah durian dari KakRaja ye. Oh, tapi gulai tempoyak KakRaja makan tau. Bolehlah kalau ada kenalan yang nak belanja KakRaja.

Macam tu lah.

Artikel menarik untuk anda:

Berjalan Tak Jejak Tanah

Berjalan Tak Jejak Tanah

Assalaamu ‘alaikum semua. Salam sejahtera.Jadi, ceritanya,Seorang rakan KakRaja ni ada banyak bunga ros kat…... Baca selanjutnya »

Rindu Dengan Story-Telling Atuk

Rindu Dengan Story-Telling Atuk

Assalaamu ‘alaikum semua. Salam sejahtera.Jadi, ceritanya,Bila keluarga KakRaja dah berpindah semula ke kampung lepas…... Baca selanjutnya »

Filed Under: Makanan, Umum Tagged With: durian, king, kingoffruits, peraih, proses, tempayan, tempoyak

Previous Post: « Home Remedy Stail KakRaja
Next Post: Kalau Boleh Elak, Kenapa Nak Tanggung »

Reader Interactions

Comments

  1. Alpetito

    20 March 2019 at 2:10 pm

    isk isk isk…macam tu citernya…klu ada durian lebih roger roger kakza
    Alpetito recently posted…Silap Besar Kau Pecat Aku – Kisah Joe Girard.My Profile

    Reply
    • yusniza

      21 March 2019 at 6:21 pm

      kekeke. sekarang semua kena beli huhu

      Reply

Trackbacks

  1. Rindu Dengan Story-Telling Atuk | Kak Raja says:
    27 April 2019 at 9:52 am

    […] KakRaja balik kampung masa cuti semester, KakRaja akan tidur di rumah Atuk menemankan Atuk. Kerana Tuk Ayah terpaksa tidur di kedai semenjak berlaku […]

    Reply
  2. Kome Ni Minat Berniaga | Kak Raja says:
    18 May 2019 at 11:22 pm

    […] Arwah Tuk Ayah KakRaja dulu ada kedai runcit. Bila balik kampung KakRaja akan melepap di kedai dan play pretend acah-acah salesgirl. Ada sekali tu masa darjah 6 rasanya, KakRaja excited giler jual sekati minyak motor pada customer (masa tu pakai timbang kati). Rupa-rupanya KakRaja bagi minyak gas pada dia. […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Primary Sidebar

Kaedah Berangka

  • Jangan Sampai Jadi Lebai Malang 18 June 2019
  • Kita Ni Buat Apa Pun Kena Tekun 17 June 2019
  • 4 Perasaan Takut Tuan Rumah Terbuka 16 June 2019
  • Apa Gunanya Ada Anak 9 June 2019
  • Kembang Tekak Bila Pengendali Makanan Kotor 24 May 2019

Archives

  • June 2019 (4)
  • May 2019 (15)
  • April 2019 (30)
  • March 2019 (26)

Copyright © 2021 Kak Raja on the Foodie Pro Theme