Assalaamu ‘alaikum semua. Salam sejahtera.
Jadi, ceritanya,
Semua orang suka pergi bercuti. Suka pergi melancong. Termasuklah KakRaja. Dalam banyak-banyak acara Me-Time, bercuti ialah feveret KakRaja.
KakRaja kongsikan 5 aktiviti feveret bila KakRaja pergi bercuti.
1. Melawat Tempat Menarik Dan Bersejarah.
Jangan lepaskan peluang untuk ambil tahu kisah tempat yang kita pergi bercuti tu. Satu kerugian ya amat kalo kita sekadar bercuti untuk ambil gambar saja. Tiada added value dalam percutian kita tu. Serupa macam ambil gambar dari google saja kalo macam tu.
2. Melakukan Aktiviti Lasak.
Bukan nak kata di tempat kita sendiri tak ada aktiviti lasak ni. Cumanya, bila kita buat aktiviti-aktiviti buang tebiat ni semasa bercuti, pengalaman dan kenangannya berkali ganda lebih indah dan manis, dan akan ingat sampai bila-bila.
Tambahan pulak kalau kita ni seorang yang pemikir. Kat tempat sendiri memang tak berani nak buat. Tapi bila berada di tempat yang baru dan asing, perasaan berani tu akan datang membuak-buak.
3. Berenang Sampai Kecut.
Ini pun best bila bercuti di pantai atau tempat yang ada swimming pool. Berenang memang sukan feveret KakRaja sebab ia tak berpeluh.
4. Shopping Tak Hengat.
Untuk KakRaja aktiviti ni jarang-jarang berlaku. Tapi bila kena gu nya dan memang percutian tu memang dah dirancang untuk fokus shopping, memang menjadilah.
5. Melepap
Ini yang paling KakRaja suka sekali. Duduk dari pagi sampai petang, (staring into nothingness – bak kata omputih), tak bergerak-gerak.
Selalunya KakRaja akan bawa sebuah buku bila pergi bercuti, sebagai peneman. Dan selalu jugak buku tu hanya kekal sebagai peneman, buat syarat saja. Satu ayat pun tak baca. Sebab sibuk melepap.
Macam tu lah.
[…] gambar lama, KakRaja jumpa gambar KakRaja berkayak di pedalaman Sarawak 10 tahun dulu. Masa tu KakRaja berdua dengan kawan KakRaja. Kami ambil pekej berkayak, […]